Malaysia legislation

Section 70

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 70

(2)

Tiada seorangpun peniaga boleh dengan disedarinya melaksanakan, atau mengemukakan dirinya sebagai telah melaksanakan, sesuatu pesanan untuk membeli atau menjual suatu komoditi dalam pasaran hadapan, tanpa menyempurnakan suatu pembelian atau penjualan bona fide akan komoditi itu untuk tarikh serahan tertentu di dalam pasaran itu.

(3)

Tiada seorangpun boleh mengedar, menyebar, atau membenarkan, atau bersangkut-paut dalam, pengedaran atau penyebaran, apa-apa pernyataan atau maklumat yang bermaksud bahawa harga mana-mana kontrak hadapan itu akan atau mungkin naik atau turun oleh sebab operasi pasaran seseorang atau beberapa orang yang, pada pengetahuannya, dijalankan dengan melanggari subseksyen (1).