Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Tiada seorangpun boleh, secara langsung atau secara tak langsung, berkaitan dengan sesuatu transaksi dengan mana-mana orang lain yang melibatkan pembelian atau penjualan sesuatu kontrak hadapan—
(a)
mengguna apa-apa devais, skim atau tipu helah untuk memfraud orang yang satu lagi itu; atau
(b)
mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan, amalan atau perjalanan urusan yang diusahakan sebagai suatu cara memfraud atau memperdaya atau mungkin diusahakan sebagai suatu cara memfraud atau memperdaya orang yang satu lagi itu.