Malaysia legislation

Section 76

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 76

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana orang yang—

(a)

mempelawa atau menawar untuk mengaturkan mana-mana individu supaya mengambil bahagian di dalam kontrak hadapan dalam mana dua atau lebih individu lain juga mengambii bahagian atau berkemungkinan mengambil bahagian; atau

(b)

mempelawa atau menawar untuk mengaturkan mana-mana individu supaya membuat kontrak hadapan mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa individu itu akan berbuat demikian bagi pihak atau bagi faedah dua atau lebih individu lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1) dan (2)---

(a)

seorang individu yang membuat kontrak hadapan bertindak bagi faedah setiap individu yang berkongsi keuntungan atau kerugian atas kontrak; dan

(b)

seorang individu mengambil bahagian di dalam kontrak hadapan jika dia berkongsi keuntungan atau kerugian atas kontrak.

(4)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau kontrak atau kelas atau perihal orang atau kontrak dari subseksyen (1) dan (2).