Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mana-mana mahkamah yang mengkaji semula apa jua tindakan Suruhanjaya di bawah seksyen 6 tidaklah boleh memerintahkan injunksi atau mandamus melainkan ianya telah ditentukan selepas notis diberi kepada dan mendengar pihak-pihak yang berkenaan bahawa tindakan yang diadukan itu adalah arbitrari, tidak tegas, menyalahgunakan budi bicara, atau selainnya tidak menurut undang-undang.