Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
(2)
Syarikat bursa hendaklah melantik seorang juruaudit untuk mengaudit Kumpulan Wang Pampasan.
(3)
Juruaudit yang dilantik sedemikian itu hendak-lah mengaudit akaun Kumpulan Wang Pampasan itu pada tiap-tiap tahun dan hendaklah mengaudit dan menyediakan suatu laporan juruaudit mengenai tiap-tiap satu akaun hasil dan perbelanjaan dan kunci kira-kira yang disediakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada syarikat bursa.
(4)
Syarikat bursa hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan, menyebabkan satu salinan akaun hasil dan perbelanjaan serta kunci kira-kira yang telah diaudit itu dihantar kepada Suruhanjaya bersama-sama dengan laporan juruaudit itu.