Malaysia legislation

Section 89

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 89

Tertakluk kepada Bahagian ini, maka hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Pampasan sebagaimana dikehendaki dan mengikut susunan yang berikut—

(a)

semua perbelanjaan di sisi undang-undang dan lain-lain perbelanjaan yang dilakukan semasa menyiasat atau membela tuntutan-tuntutan yang dibuat di bawah Bahagian ini, atau yang dilakukan berhubungan dengan Kumpulan Wang Pampasan itu atau semasa syarikat bursa itu menggunakan hak-hak, menjalankan kuasa-kuasa dan kewibawaan yang diletakhak kepadanya oleh Bahagian ini berhubungan dengan Kumpulan Wang Pampasan;

(b)

perbelanjaan yang dilakukan dalam mentadbirkan Kumpulan Wang Pampasan;

(c)

amaun semua tuntutan, termasuk kos, yang dibenarkan oleh syarikat bursa atau dibuktikan terhadap syarikat bursa di bawah Bahagian ini; dan

(d)

semua amaun lain yang kena dibayar daripada Kumpulan Wang Pampasan mengikut Bahagian ini.