Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
(a)
yang telah diamanahkan kepada atau diterima oleh anggota itu atau mana-mana pengarah, pekongsi atau pekerja bagi anggota itu untuk atau bagi pihak orang itu; dan
(b)
yang orang itu berhak atau yang dia ada mempunyai kepentingan benefisial sama ada sedia ada atau luarjangka, dia adalah berhak, tertakluk kepada Bahagian ini, menuntut pampasan daripada Kumpulan Wang Pampasan kerana kerugian wang itu.
(2)
Subseksyen (1) tidak memberi hak kepada manamana anggota untuk membuat suatu tuntutan terhadap Kumpulan Wang Pampasan itu.
(3)
Syarikat bursa tidaklah diwajibkan menimbang dan menentukan sesuatu tuntutan terhadap Kumpulan Wang Pampasan melainkan orang yang membuat tuntutan itu telah meyakinkan syarikat bursa bahawa dia telah menjalankan segala usaha (selain daripada tindakan mahkamah) untuk mendapatkan kembali kerugiannya daripada anggota yang ada hubungan dengan berbangkitnya tuntutan itu atau daripada mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas kerugian itu.
(4)
Tertakluk kepada Bahagian ini, amaun pampasan yang seseorang berhak menuntut daripada Kumpulan Wang Pampasan ialah amaun kerugian wang yang sebenar ditanggung olehnya, termasuk kos yang berpatutan bagi, dan pembelanjaan yang bersampingan dengan membuat dan membuktikan tuntutannya, dengan ditolak apa-apa amaun atau nilai wang atau lain-lain faedah yang diterima atau belum diterima olehnya bagi mengurangkan kerugian itu daripada mana-mana sumber yang lain daripada Kumpulan Wang Pampasan.
(5)
Sebagai tambahan kepada apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah Bahagian ini, bunga hendaklah kena dibayar daripada Kumpulan Wang Pampasan atas amaun pampasan itu, dengan ditolak apa-apa amaun yang dikaitkan dengan kos dan pembelanjaan, mengikut apa-apa kadar yang ditentukan oleh syarikat bursa, yang hendaklah dikira dari hari kemungkiran itu telah dilakukan atau dipercayai telah dilakukan dan seterusnya sehingga hari tuntutan itu dijelaskan.
yang dia ada memial sama ada sedia ada Bahagian ini, pulan Wang Pam-ibkan menimbang hadap Kumpulan yang membuat cat bursa bahawa
(selain daripada tkan kembali ke hubungan dengan pada mana-mana atas kerugian itu.
hak kepada mana-tuntutan terhadap amaun pampasan ipada Kumpulan gian wang yang k kos yang ber-g bersampingan n tuntutannya, nilai wang atau belum diterima n itu daripada ada Kumpulan apa pampasan ian ini, bunga impulan Wang dengan ditolak kos dan pem-ung ditentukan ikira dari hari ipercayai telah i tuntutan itu