Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(2)
Jika seseorang hendak menuntut pampasan di bawah Bahagian ini, dia hendaklah membuat tuntutannya secara bertulis kepada syarikat bursa—
(a)
sekiranya suatu notis di bawah subseksyen (1) telah disiarkan, pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; atau
(b)
sekiranya tiada notis seperti itu telah disiarkan, dalam tempoh tiga bulan setelah pihak menuntut itu mendapat tahu mengenai kemungkiran itu yang menyebabkan tuntutan itu dibuat, tetapi bagaimanapun tidak boleh melebihi dua belas bulan daripada tarikh kemungkiran itu.
(3)
Sesuatu tuntutan yang tidak dibuat dalam masa yang dihadkan oleh subseksyen (2) hendaklah dihalang, melainkan jika syarikat bursa menentukan selainnya.
(4)
Sesuatu tindakan untuk gantirugi tidak boleh diambil terhadap syarikat bursa atau terhadap manamana anggota Lembaga Pengurusan oleh sebab sesuatu notis yang disiarkan bagi maksud-maksud seksyen ini dengan suci hati dan tanpa niat jahat.