Malaysia legislation

Section 96

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 96

Apabila syarikat bursa membuat apa-apa bayaran daripada Kumpulan Wang Pampasan mengenai sesuatu tuntutan untuk pampasan di bawah Bahagian ini—

(a)

syarikat bursa itu hendaklah disubrogasi setakat pembayaran itu mengenai semua hak dan remedi pihak menuntut berkenaan dengan kerugian wang yang ditanggung oleh sebab kemungkiran yang menjadi asas tuntutan itu; dan

(b)

pihak menuntut tidak mempunyai apa-apa hak di bawah sesuatu prosiding kebankrapan atau prosiding undang-undang atau selainnya berkenaan dengan kerugian wang itu untuk menerima apa-apa wang daripada aset anggota yang berkenaan itu, atau jika kerugian wang itu telah disebabkan oleh kemungkiran di pihak seorang pengarah, pekongsi atau pekerja, sehingga syarikat bursa itu telah dibayarganti amaun sepenuhnya pembayaran dibuat olehnya daripada Kumpulan Wang Pampasan.