Malaysia legislation

Section 98

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 98

(2)

Jika agregat bagi semua tuntutan untuk pampasan yang telah dibenarkan di bawah Bahagian ini mengenai kemungkiran yang menimbulkan tuntutan-tuntutan itu melebihi jumlah amaun yang boleh dibayar di bawah Bahagian ini mengenai mana-mana anggota yang bersangkut-paut dalam kemungkiran itu, maka jumlah amaun itu hendaklah dibahagi antara pihak-pihak menuntut itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan saksama oleh syarikat bursa; dan apabila jumlah amaun itu dibayar daripada Kumpulan Wang Pampasan mengikut pembahagian itu—

(a)

semua tuntutan itu; dan

(b)

semua tuntutan lain untuk pampasan yang mungkin timbul atau dibuat kemudian dari itu berkenaan dengan kemungkiran itu, adalah selesai dengan mutlaknya.