Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986

Seksyen 2

Tafsiran

“bahan perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain, di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar dan dikategorikan bagi maksud Akta ini ke dalam—

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 331

(a)

bahan perpustakaan yang bercetak termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster;

(b)

bahan perpustakaan yang tidak bercetak termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik yang lain;

“bercetak” ertinya apa-apa gambaran aksara di atas mana-mana bahan melalui apa-apa cara teraan mekanik;

“diterbitkan” ertinya bahan yang telah dikeluarkan dan disediakan kepada orang awam yang kepada sesiapa ia boleh dijual atau diedar secara percuma dan bagi maksud seksyen 4, “diterbitkan” hendaklah termasuk—

(a)

keluaran terbitan daripada mana-mana edisi kedua atau edisi terkemudian bagi bahan perpustakaan jika edisi itu mengandungi tambahan atau perubahan kepada kandungan asal bahan itu; dan

(b)

keluaran terbitan yang terkemudian bagi bahan tersebut dalam bentuk atau format lain;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah peruntukan Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah Akta Perpustakaan Negara 1972 [Akta 80];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan;

“pemuliharaan” ertinya pelbagai langkah yang diambil untuk perlindungan, pemeliharaan dan pembaikan yang perlu bagi bahan perpustakaan dan untuk penyelenggaraannya di bawah keadaan yang dimaksudkan bagi mengelakkan dan menghalang kerosakan nilai fizikalnya.

Penyerahan Bahan Perpustakaan 7

Pusat Penyerahan Negara

Section 2 — DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 | mylaw.my