/akn/my/act/act/1986/331

*AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1986
Sections
8
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 is Malaysia Act, cited as Act 331 1986, currently marked in force and first recorded in 1986.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi pengumpulan, pemuliharaan, pengawalan bibliografi dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia dan untuk menyediakan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 April 1987, P.U. (B) 184/1987] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“bahan perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain, di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar dan dikategorikan bagi maksud Akta ini ke dalam—

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 331

(a)

bahan perpustakaan yang bercetak termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster;

Suggest a correction

(b)

bahan perpustakaan yang tidak bercetak termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik yang lain;

“bercetak” ertinya apa-apa gambaran aksara di atas mana-mana bahan melalui apa-apa cara teraan mekanik;

“diterbitkan” ertinya bahan yang telah dikeluarkan dan disediakan kepada orang awam yang kepada sesiapa ia boleh dijual atau diedar secara percuma dan bagi maksud seksyen 4, “diterbitkan” hendaklah termasuk—

Suggest a correction

(a)

keluaran terbitan daripada mana-mana edisi kedua atau edisi terkemudian bagi bahan perpustakaan jika edisi itu mengandungi tambahan atau perubahan kepada kandungan asal bahan itu; dan

Suggest a correction

(b)

keluaran terbitan yang terkemudian bagi bahan tersebut dalam bentuk atau format lain;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah peruntukan Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah Akta Perpustakaan Negara 1972 [Akta 80];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan;

“pemuliharaan” ertinya pelbagai langkah yang diambil untuk perlindungan, pemeliharaan dan pembaikan yang perlu bagi bahan perpustakaan dan untuk penyelenggaraannya di bawah keadaan yang dimaksudkan bagi mengelakkan dan menghalang kerosakan nilai fizikalnya.

Penyerahan Bahan Perpustakaan 7

Pusat Penyerahan Negara

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

untuk mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia; dan

Suggest a correction

(c)

untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua eksekutif Pusat

Penyerahan Negara.

Penyerahan naskhah bahan perpustakaan yang diterbitkan di

Malaysia

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(1)

Tertakluk pada seksyen 7, penerbit bagi tiap-tiap bahan perpustakaan bercetak yang diterbitkan di Malaysia hendaklah, dalam masa satu bulan dari penerbitan, menyerahkan kepada Ketua

Pengarah, atas perbelanjaannya sendiri, beberapa naskhah bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 1, naskhah terbaik bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual 2 dan Ketua Pengarah akan memberi pengakuan secara bertulis bagi tiap-tiap bahan perpustakaan yang diterima olehnya, dengan syarat bahawa bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan secara bersiri, tetap atau tidak tetap, ia hendaklah diserahkan dalam masa satu minggu dari penerbitan.

(2)

Penerbit bagi tiap-tiap bahan perpustakaan yang tidak bercetak hendaklah juga menyerahkan kepada Ketua Pengarah beberapa naskhah bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 1, naskhah terbaik bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 2, jika permintaan bertulis dibuat bagi bahan perpustakaan tersebut dalam masa satu tahun dari penerbitannya, dengan syarat bahawa Ketua Pengarah hendaklah

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 331

membayar kos bahan perpustakaan yang diserahkan sedemikian jika pembayaran diminta oleh penerbit.

(3)

Penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki menyerahkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit.

(4)

Apabila sabitan dibuat di bawah subseksyen (3), mahkamah hendaklah juga membuat perintah bahawa penerbit itu menyerahkan bahan perpustakaan yang dia gagal menyerahkan, jika bahan perpustakaan itu masih boleh didapati dalam bentuk asalnya atau dalam bentuk keluaran ulangan jika bahan tersebut tidak lagi boleh didapati dalam bentuk asalnya.

(5)

Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (4), penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki untuk serahkan di bawah seksyen ini, hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, apabila dituntut, kos yang ditanggung oleh Ketua Pengarah bagi membuat keluaran ulangan bahan perpustakaan tersebut.

(6)

Apa-apa kos yang dikehendaki dibayar kepada Ketua

Pengarah di bawah seksyen ini akan menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan akan didapati semula dengan apa jua jalan dan cara yang sedang berkuat kuasa pada masa itu bagi mendapatkan semula hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Pemuliharaan, pendaftaran bahan perpustakaan, bibliografi

Negara dan rekod statistik

5.

Berhubung dengan bahan perpustakaan yang diserah di bawah subseksyen 4(1) dan (2), Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi berikut:

Penyerahan Bahan Perpustakaan 9

(a)

untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan;

(b)

untuk menyelenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan;

(c)

untuk menerbitkan bibliografi Negara pada kekerapan yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah;

(d)

untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan; dan

(e)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu untuk memberi kesan kepada tujuan seksyen 3.

Pelupusan bahan perpustakaan

6. Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan apa-apa bahan perpustakaan yang diserahkan kepadanya di bawah peruntukan Akta ini, dengan syarat bahawa di mana-mana praktik satu naskhah bahan perpustakaan itu telah dipulihara dalam bentuk asal atau bentuk lain.

Pembayaran bagi bahan perpustakaan bercetak

7. Ketua Pengarah boleh, jika dia fikirkan patut, membayar kepada penerbit bahan perpustakaan bercetak mengikut apa-apa skala pembayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Perkiraan dengan jabatan atau agensi Kerajaan

8.

Ketua Pengarah boleh membuat perkiraan dengan mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan bagi menjalankan dengan lebih baik mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 331

Obligasi sebagai tambahan kepada obligasi di bawah undang-undang lain

9.

Obligasi yang dipertanggungkan kepada penerbit di bawah Akta ini hendaklah sebagai tambahan dan bukan gantian bagi mana-mana obligasi lain berkaitan dengan penyerahan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia kepada mana-mana institusi lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa pada masa ini.

Peraturan-peraturan

10. Menteri boleh—

(a)

membuat peraturan-peraturan bagi menjalankan tujuan

Akta ini;

(b)

menetapkan apa-apa perkara yang perlu ditetapkan di bawah Akta ini; dan

(c)

meminda, memotong atau menambah kepada Jadual Akta ini melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta.

Pemansuhan

11. Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 [Akta 35 tahun 1966]

adalah dengan ini dimansuhkan.

_____________

Penyerahan Bahan Perpustakaan 11

Jadual

Suggest a correction

JADUAL 1

[Subseksyen 4(1) dan (2)]

BILANGAN NASKHAH BAHAN PERPUSTAKAAN

YANG PERLU DISERAH

Bahan perpustakaan

Bilangan naskhah

1.

(a)

Bahan perpustakaan bercetak tidak termasuk bahan perpustakaan yang dinyatakan dalam perenggan (b)

5

(b)

Buku aktiviti, buku kerja sekolah, surat khabar dan bahan dua dimensi

2 2.

(a)

Bahan perpustakaan tidak bercetak tidak termasuk bahan perpustakaan yang dinyatakan dalam perenggan (b)

2

(b)

Terbitan yang wujud dalam bentuk digital

1

_____________

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 331

Jadual

Suggest a correction

JADUAL 2

[Subseksyen 4 (1) dan (2)]

PERIHAL NASKHAH TERBAIK PERPUSTAKAAN

Bahan Perpustakaan

Perihal

1. Bahan perpustakaan bercetak termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster.

Satu naskhah yang sama kualitinya dengan naskhah terbaik bahan perpustakaan yang diterbitkan, iaitu, naskah seluruh bahan termasuk semua ilustrasi jika ada dan—

(a)

disiapkan dan diwarnakan mengikut cara yang sama dengan naskhah terbaik bahan tersebut seperti yang diterbitkan; dan

(b)

dijilid, disambung atau dijahit bersama di atas kertas terbaik di mana bahan itu dicetak.

2. Bahan perpustakaan yang tidak bercetak termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik lain.

Satu naskhah yang sama kualitinya dengan naskhah terbaik bahan perpustakaan.

____________

13

AKTA 331

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 378/2021

Perintah Penyerahan

Bahan Perpustakaan

(Pindaan Jadual 1) 2021 08-10-2021

_____________

14

AKTA 331

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual 1

P.U. (A) 378/2021 08-10-2021

_____________

Common questions

What is DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986?
*AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 is Malaysia Act, cited as Act 331 1986, currently marked in force and first recorded in 1986.
Is DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 still in force?
Yes — DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 is currently in force.
When did DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 take effect?
DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 was first recorded in 1986.
How many sections does DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 have?
DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 contains 4 sections.
Where can I read the official version of DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986?
The official text of DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT 1986 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 (No. 331) | mylaw.my