Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
bas berhenti-henti;
(b)
bas carter;
(c)
bas ekspres;
(d)
bas mini;
(e)
bas pekerja;
(f)
bas pengantara;
(g)
bas sekolah;
(h)
kereta sewa;
(i)
kereta sewa dan pandu;
(j)
teksi;
(k)
teksi lapangan terbang; dan
(l)
teksi mewah.
(1A)
Walau apa pun subseksyen (1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menetapkan apa-apa kelas lain kenderaan perkhidmatan awam yang difikirkannya patut.
(1B)
Bagi maksud Akta ini, kenderaan e-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan perkhidmatan awam dan tertakluk pada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA.
(2)
(a)
Kenderaan barangan hendaklah terbahagi kepada dan dilesenkan di bawah kelas berikut:
(i)
lesen pembawa ‘A’; dan
(ii)
lesen pembawa ‘C’.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
(b)
Kenderaan barangan daripada mana-mana satu kelas boleh jadinya dari jenis yang berlainan berkenaan dengan fungsinya.
(3)
Suatu lesen pembawa ‘A’ akan membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya sebagai pembawa barangan.
(4)
Suatu lesen pembawa ‘C’ akan membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya, tetapi hendaklah menjadi suatu syarat lesen itu bahawa tiada kenderaan yang pada masa itu suatu kenderaan dibenarkan akan digunakan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah selain daripada barangan yang dijual dan diserah hantar oleh pemegang lesen itu di bawah suatu kontrak jualan di mana suatu caj dibuat bagi penyerahhantaran barangan tersebut.
(5)
Kenderaan motor yang dinyatakan dalam sesuatu lesen pembawa tidaklah boleh, selagi ia dinyatakan sedemikian dinyatakan dalam mana-mana lesen pembawa yang lain.
(6)
Jika pada bila-bila masa barangan dibawa dalam sesuatu kenderaan motor, iaitu kenderaan yang telah disewa oleh seseorang yang, semasa pembawaan barangan itu, dalam erti Akta ini adalah pengguna kenderaan itu, barangan itu hendaklah disifatkan dibawa oleh orang itu untuk sewa atau upah:
Dengan syarat bahawa—
(a)
pemungutan atau penyerahhantaran barangan yang dibeli, dijual, digunakan atau disewakan secara sewa beli oleh seseorang dalam urusan perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya;
(b)
pemungutan atau penyerahhantaran barangan yang telah atau akan dikenakan sesuatu proses atau rawatan oleh seseorang dalam urusan perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya;
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 25
(c)
pembawaan barangan dalam sesuatu kenderaan motor oleh seseorang pengilang, ejen atau peniaga semasa kenderaan itu digunakan olehnya bagi maksud demonstrasi; atau
(d)
pembawaan barangan dalam sesuatu kenderaan motor yang digunakan di bawah dan mengikut kaedah-kaedah yang terpakai bagi lesen perdagangan motor yang diambil oleh seseorang pengilang, pembaik atau peniaga di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987, tidaklah boleh disifatkan sebagai membawa barangan untuk mendapat sewa atau upah bagi maksud Akta ini.
(7)
Bagi maksud Akta ini, kenderaan p-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan barangan dan tertakluk pada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA.