/akn/my/act/act/1987/334

*AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1987
Last amended
2025
Sections
79
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987 is Malaysia Act, cited as Act 334 1987, currently marked in force and first recorded in 1987.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1988, P.U. (B) 585/1987] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang tertakluk pada mana-mana undang-undang berhubungan dengan pelancongan atau industri pelancongan di Sabah, Sarawak dan

Wilayah Persekutuan Labuan.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“barangan” ertinya apa-apa benda, termasuk ternakan, yang dibawa atas atau dalam suatu kenderaan motor bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan tetapi tidak termasuk—

(a)

kelengkapan yang biasanya digunakan dengan kenderaan itu;

Suggest a correction

(b)

barang dagangan yang dibawa oleh seseorang atas atau dalam kenderaan itu semata-mata bagi maksud dipertunjukkan sebagai sampel;

Suggest a correction

(c)

barang yang dibawa oleh seseorang atas atau dalam kenderaan itu untuk digunakan dalam menjalankan perdagangan, perniagaan atau profesionnya dan bukan untuk jualan;

“bas” ertinya kenderaan perkhidmatan awam yang muatan duduknya tidak kurang daripada lapan orang (termasuk pemandu);

“bas berhenti-henti” ertinya bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh Lembaga untuk membawa penumpang pada suatu perkhidmatan yang mengandungi peringkat tambang, dengan tambang, jadual waktu dan jadual tambang yang berasingan bagi setiap peringkat tambang;

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 11

“bas carter” ertinya bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas itu;

“bas ekspres” ertinya bas yang berulang alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh Lembaga, dengan jadual waktu dan jadual tambang, untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan pada suatu perkhidmatan yang tidak mengandungi peringkat tambang yang jaraknya kurang daripada tiga puluh dua kilometer;

“bas mini” ertinya bas yang muatan duduknya tidak melebihi dua puluh enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan;

“bas pekerja” ertinya bas yang digunakan untuk membawa pekerja dalam mana-mana industri ke dan dari tempat kerja mereka dan sebaliknya;

“bas pengantara” ertinya bas yang tidak mengandungi peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang berasingan dari suatu pangkalan tetap dalam jarak yang lingkungannya tidak melebihi tujuh kilometer;

“bas sekolah” ertinya bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain;

“berat dengan muatan maksimum dibenarkan” ertinya berat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai berat dengan muatan yang sesuai bagi suatu kenderaan dibenarkan;

“berat tanpa muatan” ertinya berat suatu kenderaan termasuk badan dan semua bahagian (yang lebih berat diambil kira jika badan atau bahagian alternatif digunakan) yang perlu bagi, atau biasanya digunakan dengan, kenderaan itu apabila digunakan di atas suatu jalan tetapi tidak termasuk perkakas curai;

“bumiputera” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

“Jabatan Pengangkutan Jalan” ertinya Jabatan yang ditadbirkan oleh

Ketua Pengarah;

“jalan” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“kebankrapan”

termasuklah ketidaksolvenan yang akibat daripadanya suatu perintah mentadbirkan pemakan gaji telah dibuat di bawah undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan;

“kenderaan” ertinya suatu struktur bermotor yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“kenderaan barangan” ertinya—

Suggest a correction

(a)

mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk kegunaan membawa barangan; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana kenderaan motor yang tidak dibina atau disesuaikan sedemikian apabila digunakan untuk membawa barangan semata-mata atau selain daripada penumpang, tetapi tidak termasuk motokar persendirian yang menarik trailer bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perdagangan atau perniagaan;

“kenderaan dibenarkan”, berhubungan dengan mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, ertinya kenderaan yang dinyatakan di dalam lesen itu dan yang dibenarkan untuk digunakan di bawahnya;

“kenderaan e-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang

(termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 13

“kenderaan motor” ertinya kenderaan dari apa-apa perihalan, yang didorong oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan, dan termasuklah trailer;

“kenderaan perdagangan” termasuklah kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan;

“kenderaan perkhidmatan awam” ertinya kenderaan motor yang digunakan untuk membawa penumpang untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan lain yang berharga;

“kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan caj bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

“kereta sewa” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh

Lembaga, dua belas orang, (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;

“kereta sewa dan pandu” ertinya kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya;

“Ketua Pegawai Polis” termasuklah mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang Ketua Pegawai Polis untuk menjalankan kuasa yang terletak hak oleh Akta ini pada seorang Ketua Pegawai Polis;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Timbalan

Pengarah;

“konduktor” ertinya seseorang yang diberi lesen di bawah Akta

Pengangkutan Jalan 1987 untuk bertindak sebagai konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

Sabah atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan termasuklah suatu lesen jangka pendek yang dikeluarkan di bawah seksyen 18 kecuali lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah

Bahagian IVA;

“lesen perniagaan pengantaraan” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Labuan;

“orang Melayu” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;

“pangkalan”,—

Suggest a correction

(a)

berhubungan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan lesen, ertinya alamat, premis atau tempat yang dinyatakan dalam permohonan itu sebagai pangkalan atau pusat tetap dari mana ia bertujuan supaya kenderaan motor itu, yang menjadi subjek permohonan tersebut, akan biasanya digunakan; dan

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan suatu lesen, ertinya alamat, premis atau tempat yang dinyatakan dalam lesen itu sebagai pangkalan atau pusat tetap dari mana kenderaan dibenarkan hendak

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 15

digunakan atau dikendalikan apabila digunakan atau dikendalikan sedemikian bagi maksud yang dibenarkan oleh lesen itu;

“pegawai Lembaga” ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 8A;

“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai pegawai pengangkutan jalan di bawah seksyen 3

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“pegawai polis” termasuklah pegawai polis tambahan, pegawai polis sukarelawan simpanan dan pegawai polis bantuan;

“pemandu” ertinya orang yang pada masa itu sedang memandu suatu kenderaan motor;

“pembawaan barangan” termasuklah penghelaan barangan;

“pemunya”,—

Suggest a correction

(a)

berhubungan dengan suatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta

Pengangkutan Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan tersebut; dan

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan mana-mana kenderaan motor lain, ertinya orang yang memiliki atau mengguna atau yang berhak mengguna kenderaan motor itu;

“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya suatu kenderaan motor di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;

“penggunaan” ertinya penggunaan di atas mana-mana jalan;

“penumpang”,—

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(a)

berhubungan dengan seseorang yang dibawa di atas sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, tidaklah termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pemeriksa tiket dalam menjalankan tugasnya; dan

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan orang yang dibawa di atas kenderaan barangan, tidak termasuk pemandu atau mana-mana kelindan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dibawa di atas kenderaan tersebut;

“peringkat tambang”, berhubungan dengan laluan yang dibenarkan dalam lesen kenderaan perkhidmatan awam, ertinya mana-mana bahagian laluan itu bagi maksud menyusun suatu jadual tambang;

“perniagaan pengantaraan” ertinya perniagaan yang memudahkan perkiraan, penempahan atau transaksi kenderaan e-hailing atau kenderaan p-hailing sama ada untuk apa-apa balasan berharga atau nilaian wang atau selainnya;

“pihak berkuasa tempatan” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

“Setiausaha Lembaga” ertinya Setiausaha Lembaga Pelesenan kenderaan Perdagangan yang dilantik di bawah seksyen 5 atau 6, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“syarikat” termasuklah mana-mana syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, mana-mana perbadanan yang ditubuhkan menurut undang-undang, dan mana-mana firma atau perkongsian;

“teksi” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 17

pada mana-mana perjalanan sebagai balasan kepada satu tambang;

“teksi lapangan terbang” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan;

“teksi mewah” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran;

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5 atau 6, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“trailer” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN

Suggest a correction

Penubuhan lembaga pelesenan kenderaan perdagangan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, lembaga pelesenan kenderaan perdagangan bagi Wilayah Persekutuan Labuan ialah Lembaga

Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah.

4. (Dipotong oleh Akta A1376).

CATATAN—lihat seksyen 9 hingga 12 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)

2010 [Akta A1376].

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Keanggotaan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang akan dilantik oleh Menteri:

(b)

seorang wakil Kementerian Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

Suggest a correction

(d)

seorang wakil

Kementerian

Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan yang hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga; dan

Suggest a correction

(e)

tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman luas atau pengetahuan khas mengenai perkara yang berhubungan dengan pengangkutan.

Keanggotaan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang akan dilantik oleh Menteri:

(b)

seorang wakil Kerajaan Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 19

Suggest a correction

(d)

seorang wakil

Kementerian

Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan yang hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga; dan

Suggest a correction

(e)

tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman luas atau pengetahuan khas mengenai perkara yang berhubungan dengan pengangkutan.

Menjalankan fungsi Pengerusi bagi tempoh sementara

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk menjalankan fungsi Pengerusi di sepanjang tempoh yang kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya atau di sepanjang tempoh apa-apa kekosongan dalam jawatan Pengerusi, dan anggota atau orang lain tersebut hendaklah, di sepanjang tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Seksyen 8

Jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tatacara dan fungsi mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh Lembaga:

Dengan syarat bahawa jawatankuasa tersebut hendaklah menyimpan minit prosidingnya dan salinan minit tersebut hendaklah dibentangkan di hadapan Lembaga dengan segera.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Pelantikan Pegawai Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 8A

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana pegawai dan

Open as pageSuggest a correction

Kementerian

Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan untuk menjadi

Pegawai Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.

Peruntukan berhubungan dengan anggota

Seksyen 9

Lembaga dan jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana anggota Lembaga atau anggota sesuatu jawatankuasa memperoleh apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa pengusahaan yang melibatkan kenderaan perdagangan, dia hendaklah dalam masa empat minggu selepas memperolehnya, memberi notis bertulis kepada Menteri dengan menyatakan kepentingan yang diperolehnya, dan Menteri selepas menimbangkan perkara itu boleh, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa anggota tersebut telah mengosongkan jawatannya.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi dan anggota Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa mereka dilantik dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh melantik anggota silih ganti berkenaan dengan tiap-tiap anggota Lembaga (tidak termasuk Pengerusi) untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga apabila anggota tersebut tidak dapat menghadiri mesyuarat itu oleh sebab sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 21

Suggest a correction

(5)

Lembaga boleh melantik anggota silih ganti berkenaan dengan tiap-tiap anggota jawatankuasa untuk menghadiri sesuatu mesyuarat jawatankuasa apabila anggota tersebut tidak dapat menghadiri mesyuarat itu oleh sebab sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain.

Suggest a correction

(6)

Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan

Menteri Kewangan.

Suggest a correction

(7)

Tiap-tiap anggota Lembaga dan anggota setiap jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 8 boleh dibayar elaun mengikut apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.

Suggest a correction

(8)

Tiap-tiap anggota Lembaga dan jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 8 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].

Tatacara Lembaga dan arahan am Menteri

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk pada Akta ini, Menteri boleh secara bertulis memberi arahan am mengenai polisi yang hendak diikuti oleh Lembaga semasa menentukan permohonan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi kepentingan awam dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan am tersebut.

Perwakilan oleh Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh secara bertulis mewakilkan kepada Pengerusi, seorang pegawai Lembaga atau seorang pegawai pengangkutan jalan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

setelah berunding dengan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, mana-mana fungsinya selain daripada fungsi yang Menteri hendakkan secara nyata melalui kaedah-kaedah supaya dijalankan oleh Lembaga.

Seksyen 12

Laporan tahunan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan tiap-tiap laporan tahunan tersebut dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Maklumat hendaklah diberi kepada Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Semua daftar dan rekod dan dokumen lain yang disimpan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan pemberian atau penolakan lesen untuk membawa barangan atau penumpang sebelum berkuat kuasanya Akta ini hendaklah diberi oleh orang atau pihak berkuasa itu kepada Lembaga apabila diminta oleh Lembaga dan orang atau pihak berkuasa tersebut hendaklah membekalkan Lembaga dengan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan perkara tersebut di atas sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENGELASAN DAN PELESENAN KENDERAAN

Suggest a correction

PERDAGANGAN

Kelas dan kategori kenderaan perdagangan

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menetapkan apa-apa kelas lain kenderaan perkhidmatan awam yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(1B)

Bagi maksud Akta ini, kenderaan e-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan perkhidmatan awam dan tertakluk pada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA.

Suggest a correction

(2)

(a)

Kenderaan barangan hendaklah terbahagi kepada dan dilesenkan di bawah kelas berikut:

(b)

Kenderaan barangan daripada mana-mana satu kelas boleh jadinya dari jenis yang berlainan berkenaan dengan fungsinya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu lesen pembawa ‘A’ akan membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya sebagai pembawa barangan.

Suggest a correction

(4)

Suatu lesen pembawa ‘C’ akan membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya, tetapi hendaklah menjadi suatu syarat lesen itu bahawa tiada kenderaan yang pada masa itu suatu kenderaan dibenarkan akan digunakan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah selain daripada barangan yang dijual dan diserah hantar oleh pemegang lesen itu di bawah suatu kontrak jualan di mana suatu caj dibuat bagi penyerahhantaran barangan tersebut.

Suggest a correction

(5)

Kenderaan motor yang dinyatakan dalam sesuatu lesen pembawa tidaklah boleh, selagi ia dinyatakan sedemikian dinyatakan dalam mana-mana lesen pembawa yang lain.

Suggest a correction

(6)

Jika pada bila-bila masa barangan dibawa dalam sesuatu kenderaan motor, iaitu kenderaan yang telah disewa oleh seseorang yang, semasa pembawaan barangan itu, dalam erti Akta ini adalah pengguna kenderaan itu, barangan itu hendaklah disifatkan dibawa oleh orang itu untuk sewa atau upah:

Dengan syarat bahawa—

(a)

pemungutan atau penyerahhantaran barangan yang dibeli, dijual, digunakan atau disewakan secara sewa beli oleh seseorang dalam urusan perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya;

Suggest a correction

(b)

pemungutan atau penyerahhantaran barangan yang telah atau akan dikenakan sesuatu proses atau rawatan oleh seseorang dalam urusan perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya;

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 25

Suggest a correction

(c)

pembawaan barangan dalam sesuatu kenderaan motor oleh seseorang pengilang, ejen atau peniaga semasa kenderaan itu digunakan olehnya bagi maksud demonstrasi; atau

Suggest a correction

(d)

pembawaan barangan dalam sesuatu kenderaan motor yang digunakan di bawah dan mengikut kaedah-kaedah yang terpakai bagi lesen perdagangan motor yang diambil oleh seseorang pengilang, pembaik atau peniaga di bawah Akta

Pengangkutan Jalan 1987, tidaklah boleh disifatkan sebagai membawa barangan untuk mendapat sewa atau upah bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Bagi maksud Akta ini, kenderaan p-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan barangan dan tertakluk pada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN AM MENGENAI LESEN

Suggest a correction

Permohonan untuk mendapatkan lesen

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Selain apa-apa maklumat yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini, pemohon hendaklah memberi Lembaga maklumat yang berikut yang dikehendaki bagi melaksanakan fungsinya berhubungan dengan permohonan itu:

(a)

maklumat lengkap tentang butir-butir laluan yang berhubungan dengan permohonan itu;

Suggest a correction

(b)

surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang relevan berkenaan dengan penggunaan kemudahan

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

perhentian atau terminal di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan tempat laluan itu terletak;

Suggest a correction

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh menolak daripada mendaftarkan, meneruskan atau mendengar atau menentukan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau sebagai gantinya suatu permohonan yang baru dikemukakan jika—

(a)

borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan itu tidak disempurnakan dengan sepatutnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan;

Suggest a correction

(b)

borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan; atau

Suggest a correction

(c)

permohonan itu tidak mematuhi apa-apa keperluan lain yang ditetapkan.

Kuasa Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

Suggest a correction

(b)

untuk memberi lesen berkenaan dengan kenderaan motor yang selain daripada yang terlibat di dalam permohonan itu;

Suggest a correction

(c)

untuk memberi lesen dari kelas yang berlainan atau bagi berat dengan muatan maksimum dibenarkan yang berlainan,

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 27

muatan duduk, atau jenis barangan yang hendak dibawa yang berlainan daripada yang dinyatakan di dalam permohonan itu;

Suggest a correction

(d)

untuk memberi lesen di mana kawasan atau masa pengendalian adalah berbeza daripada yang dinyatakan di dalam permohonan itu; atau

Suggest a correction

(2)

Seseorang boleh memegang dua lesen atau lebih sama ada daripada kelas yang sama atau daripada kelas yang berlainan.

Tempoh lesen

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(b)

Tempoh yang boleh ditentukan oleh Lembaga di bawah perenggan (a) tidaklah boleh melebihi tujuh tahun.

Suggest a correction

(c)

Apabila sesuatu lesen diberikan di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah menyatakan tarikh lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habisnya tempoh lesen itu, dan tarikh tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila ia dikeluarkan.

Suggest a correction

(2)

Jika pada tarikh habisnya tempoh lesen (selain lesen jangka pendek) yang diberi di bawah seksyen 16, prosiding di hadapan

Lembaga berkaitan dengan permohonan pemegang lesen tersebut bagi pembaharuan lesen itu di bawah seksyen 21 masih belum diputuskan, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu diselesaikan, tetapi sementara itu tanpa menjejaskan kuasa menggantungkan atau membatalkan lesen yang diberi di bawah Akta ini daripada dijalankan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Lesen jangka pendek

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lesen jangka pendek adalah terhenti daripada berkuat kuasa dari tarikh Lembaga memberikan keputusannya atas permohonan itu dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih dari dua belas bulan.

Syarat yang boleh dikenakan pada lesen

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

berhubungan dengan suatu kelas tertentu lesen kenderaan perkhidmatan awam—

Suggest a correction

(i)

bahawa tambang tertentu hendaklah dikenakan;

(ii)

bahawa jika perlu bagi kepentingan awam, tambang hendaklah ditetapkan supaya mengelakkan berlakunya persaingan yang membazir dengan cara pengangkutan yang alternatif, jika ada, di sepanjang laluan atau mana-mana bahagiannya atau yang berdekatan dengannya;

Suggest a correction

(iii)

bahawa perkhidmatan itu hendaklah dijalankan di dalam kawasan atau laluan yang tertentu dan mengikut jadual waktu yang tertentu atau mengikut waktu perjalanan dan kekerapan yang tertentu;

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 29

Suggest a correction

(iv)

bahawa salinan jadual waktu dan jadual tambang hendaklah dibawa dan ditunjukkan dalam kenderaan yang digunakan semasa perkhidmatan itu dan boleh dikenakan pemeriksaan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

bahawa penumpang tidaklah boleh diambil atau diturunkan kecuali di tempat yang ditentukan di dalam lesen itu dan tidaklah boleh diambil atau diturunkan di antara tempat yang tertentu;

(vi)

bahawa jumlah penumpang yang melebihi bilangan tertentu tidaklah boleh dibawa;

Suggest a correction

(vii)

bahawa pemegang lesen itu atau orang tertentu sahaja yang boleh memandu atau mengendalikan kenderaan itu;

Suggest a correction

(viii)

bahawa kenderaan dibenarkan itu dilengkapi dengan mesin tiket atau kelengkapan yang menggunakan teknologi terbaru sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan suatu lesen kenderaan barangan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kenderaan dibenarkan itu hendaklah digunakan atau tidaklah boleh digunakan dalam kawasan tertentu atau di antara tempat yang tertentu atau pada masa-masa tertentu;

(ii)

bahawa kenderaan dibenarkan itu hendaklah dikendalikan atau tidaklah boleh dikendalikan dalam kawasan selain kawasan yang lesen telah dikeluarkan baginya;

Suggest a correction

(iii)

bahawa barangan daripada kelas atau perihalan tertentu sahaja boleh dibawa atau tidaklah boleh dibawa;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(iv)

bahawa barangan hendaklah dibawa atau tidaklah boleh dibawa untuk orang tertentu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

bahawa caj atau caj maksimum atau minimum yang hendak dikenakan bagi pembawaan barangan, caj buruh bagi memuatkan dan memunggahkan kenderaan dan caj bagi demuraj kenderaan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(vi)

bahawa berat dengan muatan apa-apa kenderaan dibenarkan tidaklah boleh melebihi maksimum yang dinyatakan;

Suggest a correction

(vii)

bahawa barangan letupan, mudah terbakar, beracun atau berbahaya atau barangan yang mengeluarkan bau busuk hendaklah dibawa dengan cara tertentu dan langkah berjaga-jaga tertentu hendaklah diambil berhubungan dengan pembawaan barangan tersebut;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

berhubungan dengan sesuatu lesen pembawa ‘A’ yang tidak mempunyai sekatan ke atas jenis barangan yang akan dibawa, bahawa pembawaan barangan tidaklah boleh ditolak tanpa sebab yang munasabah;

Suggest a correction

(i)

bahawa upah, syarat dan waktu kerja orang yang digajikan berkaitan dengan kenderaan dibenarkan atau perkhidmatan dibenarkan itu hendaklah menepati beberapa keperluan tertentu;

(ii)

bahawa dokumen yang berhubungan dengan barangan atau penumpang hendaklah dibawa di dalam kenderaan dibenarkan itu;

Suggest a correction

(iii)

bahawa pengeluaran dan pengawalan tiket untuk penumpang dan catatan konsainan bagi barangan dan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 31

penomboran atau penandaan barangan itu dengan apa-apa cara untuk membolehkan barangan itu senang dikenali hendaklah menepati kehendak Lembaga;

Suggest a correction

(iv)

bahawa pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menunjukkan akaun, dokumen dan rekod tertentu apabila diminta untuk pemeriksaan atau penentusahan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang semasa berada di dalam kenderaan dan orang yang berada di jalan hendaklah digalakkan;

(vi)

bahawa kenderaan dibenarkan itu disimpan di tempat yang ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Lembaga boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Dalam hal kenderaan yang digunakan untuk pengangkutan barangan dan yang berkenaan dengannya suatu lesen di bawah Akta ini telah dikeluarkan, pemegang lesen atau mana-mana orang yang menyebabkan atau membenarkan kenderaan yang berkenaan digunakan oleh mana-mana orang adalah, sekiranya orang yang menggunakan kenderaan itu gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Syarat berkanun lesen

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa kenderaan dibenarkan itu dijaga dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua

Pengarah;

Suggest a correction

(b)

bahawa apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan had kelajuan, berat dengan muatan dan tanpa muatan dan pemuatan kenderaan dipatuhi berhubungan dengan kenderaan dibenarkan itu;

Suggest a correction

(2)

Pemegang lesen atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini, yang gagal mematuhi mana-mana syarat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu mahkamah telah mendapati bahawa pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan itu bersalah kerana gagal mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b), maka mahkamah itu hendaklah menghantar notis mengenai dapatan bersalah itu kepada Lembaga dan, jika berkenaan, mengenai mana-mana orang yang didapati bersalah kerana menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan kenderaan itu, kepada Ketua Pengarah yang memberikan lesen vokasional itu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 33

Permohonan bagi kelulusan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian

Suggest a correction

Seksyen 20A

Open as pageSuggest a correction

(b)

apa-apa perubahan anggota Lembaga Pengarah, syarikat, perkongsian atau firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen itu hendaklah memperoleh kelulusan daripada Lembaga sebelum mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian itu.

Suggest a correction

(2)

Lembaga boleh, apabila diterima permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu dan, jika

Lembaga meluluskan permohonan itu, Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Permohonan untuk memperbaharui lesen

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan untuk memperbaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sebelum tarikh habisnya tempoh lesen yang sedia ada.

Suggest a correction

(3)

Jika pemohon gagal untuk mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberi apa-apa alasan yang Lembaga fikirkan munasabah, Lembaga boleh enggan untuk meneruskan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.

Dokumen yang dikehendaki untuk memperbaharui lesen

Suggest a correction

Seksyen 21A

Open as pageSuggest a correction

(b)

laporan prestasi tahun sebelumnya berhubungan dengan—

Suggest a correction

(i)

jumlah bilangan penumpang atau jumlah sukatan barangan yang dibawa;

(iii)

jumlah sebenar bilangan perjalanan yang dikendalikan dan dijadualkan; dan

Suggest a correction

(iv)

anggaran bilangan kenderaan yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap bagi laluan tertentu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) Lembaga boleh menghendaki supaya apa-apa dokumen tambahan dikemukakan oleh pemohon bagi memperbaharui lesen.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 35

Permohonan untuk pengubahan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk pada Akta ini, apabila pemegang lesen memohon pengubahan lesen atau syaratnya, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa penuh menurut budi bicaranya—

(a)

untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

Suggest a correction

(c)

untuk memerintah apa-apa pengubahan ke atas lesen itu atau syaratnya selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pertukaran sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Lembaga, atas suatu permohonan, boleh membenarkan pemegang lesen kenderaan perkhidmatan awam dari kelas tertentu untuk menggunakan kenderaan dibenarkan itu sebagai suatu kenderaan perkhidmatan awam mana-mana kelas lain untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh

Lembaga.

Seksyen 24

Penggunaan sementara kenderaan ‘C’ sebagai kenderaan ‘A’

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Lembaga boleh dalam keadaan luar biasa, atas suatu permohonan, membenarkan pemegang suatu lesen pembawa ‘C’ untuk menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan dan tertakluk pada syarat yang

Lembaga fikirkan patut dikenakan.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Seksyen 25

Kuasa membatalkan atau menggantung lesen

Open as pageSuggest a correction

(a)

atas alasan bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana syarat lesen telah tidak dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

atas alasan bahawa lesen itu telah didorongi oleh kenyataan palsu mengenai fakta oleh pemegang lesen itu atau bagi pihaknya; atau

Suggest a correction

(c)

jika Lembaga berpuas hati bahawa kenderaan motor itu telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud:

Dengan syarat bahawa Lembaga tidaklah boleh membatalkan atau menggantung lesen itu atas alasan pelanggaran mana-mana syarat melainkan ia berpuas hati, selepas memberi peluang kepada pemegang lesen untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang mahu dibuatnya, bahawa oleh kerana kerapnya berlaku pelanggaran atau oleh kerana pelanggaran itu dilakukan secara sengaja atau oleh kerana bahaya kepada awam akibat daripada pelanggaran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pelanggaran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 20(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran yang merupakan bahaya kepada awam.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, ia tidak akan berkuat kuasa dari tarikh pembatalan itu atau semasa tempoh penggantungan tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 37

Larangan berhubungan dengan lesen yang digantung

Suggest a correction

Seksyen 25A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan semasa lesen berkenaan dengan kenderaan itu telah digantung di bawah seksyen 25

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Lembaga untuk menggantikan lesen

Suggest a correction

Seksyen 25B

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyusun semula atau menyatukan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen daripada kelas yang berlainan; atau

Suggest a correction

(b)

menyusun semula atau menyatukan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen daripada kelas yang sama.

Suggest a correction

(2)

Sebelum menggantikan sesuatu lesen di bawah subseksyen (1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan itu kepada pemegang lesen dengan menyatakan hasrat Lembaga untuk menggantikan lesen itu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(3)

Suatu lesen yang menggantikan mana-mana lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.

Suggest a correction

(4)

Apabila lesen gantian mula berkuat kuasa, lesen yang telah digantikan di bawah subseksyen (1) adalah terbatal dan hendaklah diserahkan kepada Lembaga.

Perlindungan kepentingan awam

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai memberi kepada pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini apa-apa hak untuk meneruskan apa-apa faedah yang timbul daripada peruntukan Akta ini atau daripada apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi atau yang disifatkan telah diberi di bawahnya, atau daripada apa-apa syarat yang dikenakan pada mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu.

BAHAGIAN IVA

PELESENAN PERNIAGAAN PENGANTARAAN

Seksyen 26A

Pelesenan perniagaan pengantaraan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan bagi suatu lesen perniagaan pengantaraan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Pemohon hendaklah memberi Lembaga maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 39

keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen perniagaan pengantaraan di bawah seksyen ini—

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh

Lembaga, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen perniagaan pengantaraan kepada pemohon; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan

Lembaga boleh mengenakan syarat pada lesen perniagaan pengantaraan itu yang termasuk—

(a)

jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

Suggest a correction

(b)

tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

Suggest a correction

(c)

langkah untuk melindungi keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan; dan

Suggest a correction

(d)

standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam mengendalikan perniagaan pengantaraan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(7)

Pengeluaran suatu lesen perniagaan pengantaraan oleh

Lembaga di bawah subseksyen (4) tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan pada Lembaga bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen perniagaan pengantaraan.

Suggest a correction

(8)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(9)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen

Suggest a correction

Seksyen 26B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Jika pemegang lesen perniagaan pengantaraan tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 41

munasabah oleh Lembaga, Lembaga boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan, mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga.

Permohonan bagi pengubahan

Suggest a correction

Seksyen 26C

Open as pageSuggest a correction

Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan bagi pengubahan lesen perniagaan pengantaraan atau syarat lesen perniagaan pengantaraan,

(a)

untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

Suggest a correction

(c)

untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen perniagaan pengantaraan itu atau syarat lesen perniagaan pengantaraan itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen perniagaan pengantaraan

Suggest a correction

Seksyen 26D

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen perniagaan pengantaraan tidak dipatuhi;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(b)

jika pengeluaran lesen perniagaan pengantaraan itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau

Suggest a correction

(c)

sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan menyediakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:

Dengan syarat bahawa Lembaga—

Suggest a correction

(A)

dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen perniagaan pengantaraan melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;

Suggest a correction

(B)

dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen perniagaan pengantaraan di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen perniagaan pengantaraan itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen perniagaan pengantaraan itu patut dibatalkan atau digantung; atau

Suggest a correction

(C)

dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen perniagaan pengantaraan itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 43

representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen perniagaan pengantaraan itu patut dibatalkan atau digantung.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu lesen perniagaan pengantaraan—

(a)

telah dibatalkan, lesen perniagaan pengantaraan itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen perniagaan pengantaraan itu mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga; atau

Suggest a correction

(b)

telah digantung, pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau menyediakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen dilarang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26E

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun perenggan 26D(1)(c), Lembaga boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen perniagaan pengantaraan itu.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 26F

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 26G

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen perniagaan pengantaraan itu;

Suggest a correction

(b)

apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu oleh Kerajaan; dan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 45

Suggest a correction

(c)

apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN IVB

PEREDARAN ANTARABANGSA KENDERAAN PERDAGANGAN

Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa

Suggest a correction

Seksyen 26H

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

Suggest a correction

(b)

untuk mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yang bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi kenderaan perdagangan yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah—

Suggest a correction

(i)

takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan;

(ii)

jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap kenderaan perdagangan; dan

Suggest a correction

(iii)

akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

untuk menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 27

Tertakluk pada Akta ini, mana-mana orang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang menjadi pemohon untuk mendapatkan atau untuk memperbaharui sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini, yang terkilan dengan keputusan Lembaga atas permohonan itu, atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga bagi sesuatu lesen

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 47

atau lesen perniagaan pengantaraan yang telah diberikannya;

atau

Suggest a correction

(b)

yang menjadi pemegang sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini, yang terkilan dengan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu, boleh, dalam masa sembilan puluh hari selepas penyampaian surat keputusan oleh Lembaga, atau bagi apa-apa tempoh yang lebih panjang yang ditetapkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri secara bertulis terhadap keputusan tersebut dengan menyatakan alasan rayuan.

Kuasa Menteri untuk melantik jawatankuasa rayuan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah memberi apa-apa pertimbangan yang difikirkannya patut mengenai syor jawatankuasa itu dalam mencapai keputusannya atas rayuan itu.

Perintah atas rayuan adalah mengikat

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Keputusan Menteri atas rayuan itu hendaklah dicapai berasaskan dokumen berhubungan dengan rayuan itu dan tiada pendengaran lisan mengenai rayuan itu boleh diadakan.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(3)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah mengikat dan adalah muktamad dan konklusif.

Keadaan di mana tiada hak merayu

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Maka tidaklah ada apa-apa hak merayu oleh mana-mana orang jika sesuatu permohonan di bawah Akta ini ditolak di bawah subseksyen 15(3), seksyen 22 atau 26C.

Seksyen 31

Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 17 dan 26A, jika Menteri meluluskan sepenuhnya sesuatu rayuan terhadap sesuatu perintah yang membatalkan sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini, kesahan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah sesudah itu dilanjutkan selama suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu tidak mempunyai kuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dengan sewajarnya.

Seksyen 32

Larangan permohonan yang sama apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam hal di mana lesen diberi sama ada hasil dari rayuan itu atau permohonan terkemudian, atau kedua-duanya, maka lesen yang diberikan itu hendaklah disifatkan terbatal.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 49

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

KESALAHAN DAN PENALTI

Suggest a correction

Larangan ke atas penggunaan kenderaan perkhidmatan awam yang tidak berlesen

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, subseksyen (1) tidak terpakai bagi kenderaan e-hailing.

Larangan ke atas penggunaan kenderaan barangan yang tidak berlesen

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seksyen ini tidak terpakai—

(a)

bagi penggunaan kenderaan perkhidmatan awam menurut suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini apabila digunakan oleh pemegang lesen itu menurut lesen tersebut dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya;

Suggest a correction

(b)

bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud pengebumian;

Suggest a correction

(c)

bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud polis, bomba atau ambulans;

Suggest a correction

(d)

bagi penggunaan kenderaan motor bagi menunda kenderaan motor yang rosak dari sesuatu jalan ke suatu tempat yang selamat atau bagi memindahkan barangan daripada kenderaan motor yang rosak dan memindahkannya ke tempat yang selamat;

Suggest a correction

(e)

bagi penggunaan kenderaan motor bagi apa-apa maksud tertentu atau penggunaan sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan, apabila kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa penggunaan sedemikian tidak tertakluk pada seksyen ini;

Suggest a correction

(f)

bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan apabila kenderaan itu dipunyai oleh Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu;

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 51

Suggest a correction

(g)

bagi penggunaan kenderaan motor yang berkenaan dengannya semua syarat berikut dipenuhi:

Suggest a correction

(i)

kenderaan itu ialah kenderaan barangan;

(ii)

berat dengan muatan maksimum dibenarkan bagi kenderaan itu tidak melebihi apa-apa berat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa;

Suggest a correction

(iii)

kenderaan itu didaftarkan sebagai kenderaan barangan;

Suggest a correction

(iv)

fi lesen kenderaan motor yang ditetapkan yang kena dibayar berkenaan dengan kenderaan itu sebagai kenderaan barangan telahpun dibayar dan lesen kenderaan motor yang dikeluarkan hasil daripada bayaran itu masih berkuat kuasa; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

kenderaan itu digunakan oleh pemunyanya semata-mata untuk membawa barangan untuk atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan oleh pemunya itu, dengan syarat bahawa dia tidak menggunakan kenderaan itu untuk membawa barangan untuk sewa atau upah selain barangan yang dijual dan diserah hantar olehnya dalam hal di mana, menurut suatu kontrak penjualan, bayaran dikenakan bagi penyerahhantaran barangan itu; dan

Suggest a correction

(h)

bagi kenderaan p-hailing.

Penggunaan kenderaan barangan untuk membawa penumpang hendaklah dilesenkan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk pada Akta ini, tiada seorang pun boleh menggunakan kenderaan barangan atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan barangan digunakan untuk membawa penumpang melainkan jika ada berkuat kuasa suatu lesen pembawa yang diberi di bawah Akta ini yang membenarkan penggunaan sedemikian, atau

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

dengan cara lain daripada yang dibenarkan oleh lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya, dan jika dia berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 36

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan kemudahan untuk membawa penumpang atau barangan di dalam Malaysia;

Suggest a correction

(c)

apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemohon itu, dan dalam hal pemohon itu adalah suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.

Suggest a correction

(2)

Jika pemohon gagal mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 53

Maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga dari pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengenai apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan mengangkut penumpang atau barangan untuk sewa atau upah yang dibuat olehnya dengan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan tersebut, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(b)

mengenai apa-apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dan jika pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu adalah suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu;

Suggest a correction

(c)

mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk mengangkut penumpang atau barangan untuk sewa atau upah di dalam Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang dalam masa yang ditetapkan enggan atau gagal membekalkan apa-apa maklumat yang dia dikehendaki bekalkan di bawah seksyen ini atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul dalam apa-apa hal dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Pengubahan kenderaan dibenarkan

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang gagal mematuhi atau melanggar seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pemindahmilikan lesen dilarang

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberi kepada pemegang lesen kecuali dengan keizinan terlebih dahulu daripada

Lembaga dan pemegang lesen itu tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil tersebut menjalankan mana-mana hak itu.

Suggest a correction

(3)

Pemegang sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini yang bermaksud untuk memindahmilikkan atau menyerahhakkan lesen itu atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan kenderaan dibenarkan atau memberi perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh, jika berlakunya kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, penyelesaian, pemegang lesen itu atau, jika seseorang penerima atau pengurus dilantik

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 55

berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu atau, jika kerana apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa ia akan menimbulkan ketidakadilan jika tidak dilakukannya, membenarkan pemindahmilikan lesen itu.

Rekod dan penyata

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adalah menjadi kewajipan pemegang lesen itu untuk menyimpan apa-apa rekod berhubungan dengan penggunaan kenderaan dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga atau Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, menghendaki supaya pemegang lesen itu mengemukakan semua atau mana-mana rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen lain pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan mengesahkan kesemuanya, dan memberi Lembaga, Ketua Pengarah, pegawai

Lembaga atau pegawai pengangkutan jalan kemudahan yang munasabah bagi meneliti dan memeriksa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen lain itu dan memuaskan hatinya tentang kesempurnaan dan ketepatannya.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang gagal mematuhi atau melanggar seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Pensubahatan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 41

Sesiapa yang bersubahat melakukan sesuatu kesalahan terhadap

Open as pageSuggest a correction

Akta ini hendaklah dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan itu.

Seksyen 42

Pernyataan palsu

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi maksud mendapatkan di bawah peruntukan Akta ini, pemberian apa-apa jenis atau perihalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan bagi dirinya atau mana-mana orang lain, atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan sedemikian, atau bagi maksud menahan pemberian atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan sedemikian atau mendapatkan pengenaan apa-apa syarat atau pengehadan berhubungan dengan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan sedemikian, membuat apa-apa pernyataan atau akuan yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;

Suggest a correction

(b)

memberi apa-apa butir berhubungan dengan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;

Suggest a correction

(c)

membuat apa-apa catatan dalam suatu rekod, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dikeluarkan, disimpan, disenggara atau diberi di bawah Akta ini yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 57

Suggest a correction

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila terbukti bahawa apa-apa permohonan, butir-butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, butir-butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis itu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau menyediakannya.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang—

(a)

memalsukan, mengubah, mengganggu, merosak, mencacat, mengguna atau meminjamkan kepada atau membenar untuk digunakan oleh mana-mana orang lain, apa-apa tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dibawa atau dipamerkan di atas kenderaan motor atau pada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan;

Suggest a correction

(b)

membuat atau ada dalam milikannya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda, plat atau dokumen yang tersebut dahulu dengan maksud untuk memperdaya;

Suggest a correction

(c)

mengubah apa-apa catatan yang dibuat di dalam suatu daftar, lesen, lesen perniagaan pengantaraan atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, rosak, cacat atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan motor;

Suggest a correction

(e)

mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau tanda

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

pengenalan, plat atau dokumen yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut;

Suggest a correction

(f)

menyediakan atau menyenggara atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod palsu yang dikehendaki disenggara di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(g)

memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini, maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (d), dia tidaklah boleh didapati bersalah atas suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menganggap bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, rosak, cacat atau ditambah, atau bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, tanda, plat atau dokumen itu adalah tiruan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen yang dibawa di atas suatu kenderaan motor, atau apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya oleh pemandu atau orang yang menjaga suatu kenderaan motor menurut Akta ini, adalah dokumen yang berhubungan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen ini, dia boleh menyita dokumen, lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau rekod itu.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini ungkapan “dokumen” termasuklah lencana dan ungkapan “menyita” termasuklah kuasa untuk menanggalkan sesuatu dari kenderaan itu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 59

Liabiliti pemunya berdaftar dan lain-lainnya

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kecuali jika diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya berdaftar hendaklah disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya itu bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil semua langkah dan tindakan pengawasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu.

Suggest a correction

(3)

Sekiranya apa-apa perbuatan atau peninggalan dilakukan oleh pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya berdaftar yang boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan oleh pemunya berdaftar, maka pekhidmat, ejen atau pekongsi itu adalah juga melakukan kesalahan tersebut.

Suggest a correction

(4)

Jika pemunya berdaftar adalah suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya, dan bahawa dia telah berusaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana dia sepatutnya lakukan dengan memberi perhatian terhadap jenis fungsinya dan kepada segala hal keadaan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 43A

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 61

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Kuasa pihak polis dalam penyiasatan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 44

Tiap-tiap pegawai polis yang menjalankan penyiasatan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau kesemua kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberi kepada pegawai polis oleh Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593], dan peruntukan seksyen 112 hingga 114 Kanun tersebut hendaklah terpakai kepada pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa semasa penyiasatan itu dijalankan.

Seksyen 44A

Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Barang siapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberi maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh pegawai itu atau menyatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhan atau sebahagiannya tidaklah boleh menjadi dalihan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-

CATATAN—Dahulunya “tidak melebihi lima ribu ringgit”–lihat Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (Pindaan) 1998 [Akta A1024].

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberi dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.

Kuasa Pegawai Lembaga untuk menyiasat, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 44B

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Pegawai Lembaga adalah mempunyai kuasa untuk menyiasat atau mendapatkan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang disangkakan tahu akan fakta dan hal keadaan berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan pada sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan.

Kuasa untuk menyita dokumen, dsb.

Seksyen 44C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika lesen yang disita di bawah subseksyen (1) ialah lesen yang telah digantung di bawah seksyen 25, lesen itu hendaklah dikembalikan kepada pemegang lesen apabila tamat tempoh penggantungan.

Siapa boleh mendakwa

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh dimulakan atau dilakukan kecuali oleh atau bagi pihak Pendakwa

Raya, oleh seorang pegawai polis atau oleh seorang pegawai pengangkutan jalan.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 63

Seksyen 45A

Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika ternyata bahawa tidaklah semunasabahnya mungkin bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaun, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Peruntukan mengenai keterangan

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini adalah perlu untuk membuktikan bahawa mana-mana orang adalah atau bukan pemegang sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi di bawah Akta ini, suatu perakuan yang

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

berupa ditandatangani oleh Pengerusi dan yang memperakui perkara yang tersebut terdahulu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang diperakui dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pengerusi bagi perakuan itu.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 47

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini, setakat mana ia mungkin perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya—

(a)

bahawa apa-apa pengangkutan orang atau barangan dalam sesuatu kenderaan motor adalah untuk sewa atau upah;

Suggest a correction

(b)

bahawa penumpang yang dibawa dalam kenderaan motor adalah dibawa sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;

Suggest a correction

(c)

bahawa sesuatu kenderaan bukanlah suatu kenderaan dibenarkan;

Suggest a correction

(d)

bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor;

Suggest a correction

(e)

bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang membenarkannya untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan tertentu;

Suggest a correction

(f)

bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;

Suggest a correction

(g)

bahawa mana-mana orang adalah pemunya suatu kenderaan motor; atau

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 65

Suggest a correction

(h)

bahawa mana-mana orang adalah pemegang suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini.

Penyampaian dan tandatangan pemberitahuan atau dokumen

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu pemberitahuan atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang berikutan dengan hari yang pemberitahuan atau dokumen itu sepatutnya diterima, dalam perjalanan biasa pos, jika pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan—

(a)

dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;

Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar

Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah

*Akta Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan

Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya;

Suggest a correction

(c)

dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang yang kepadanya dialamatkan surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberi di bawah peruntukan Akta ini diberitahu tentang fakta bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, maka notis itu

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu sedemikian.

Kesalahan dan penalti am

Suggest a correction

Seksyen 48A

Open as pageSuggest a correction

(a)

tanpa alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak pada orang itu, enggan atau gagal melakukan apa-apa yang dia dikehendaki melakukannya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

tanpa alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak pada orang itu, gagal mematuhi kehendak apa-apa notis yang disampaikan kepadanya di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

tanpa alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak pada orang itu, melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh, jika tiada apa-apa penalti khas diperuntukkan, dalam hal sabitan yang pertama didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengkompaun

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dengan khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 67

bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungjawab bagi polis;

Suggest a correction

(b)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang dengan khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, boleh, menurut budi bicaranya, mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun oleh pegawai itu dengan mendapatkan daripada orang yang dengan munasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi tiga ratus ringgit.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun serta cara dan tatacara mengenainya.

Pegawai tidak memakai pakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adalah tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa kehendak, permintaan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang tidak berpakaian seragam jika pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya atas permintaan orang itu.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana kenderaan motor telah disita di bawah subseksyen (1), pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, menurut budi bicaranya, mengembalikan buat sementara kenderaan tersebut kepada pemunyanya, atas jaminan yang memuaskan hati pegawai tersebut bahawa kenderaan itu akan diserah balik kepadanya apabila dituntut.

Suggest a correction

(3)

Suatu perintah bagi melucut hak atau melepaskan mana-mana kenderaan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai perlucuthakan atau pelepasan itu telah diadakan, dan suatu perintah bagi melucuthakkan kenderaan tersebut hendaklah dibuat jika ia dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap subseksyen 19(3), perenggan 20(1)(b), seksyen 33 atau 34

telah dilakukan dan bahawa kenderaan motor itu adalah hal perkara kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan tersebut.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan motor yang telah disita di bawah subseksyen (1), kenderaan motor tersebut hendaklah dilepaskan apabila habisnya tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan ia telah dilepaskan terlebih dahulu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 69

Penahanan kenderaan

Suggest a correction

Seksyen 51B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila diminta oleh orang yang menjaga kenderaan motor itu, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, setelah selesai penimbangan kenderaan itu, mengeluarkan pendua atau salinan perakuan berkenaan dengan penimbangan itu kepada orang itu.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang menjaga mana-mana kenderaan motor yang enggan atau gagal mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1), atau mengalihkan muatannya atau mana-mana bahagiannya sebelum kenderaan motor itu ditimbang dengan sewajarnya, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(4)

Adalah tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menghendaki orang yang menjaga kenderaan motor itu supaya memunggah muatan kenderaan motor itu bagi maksud menimbangnya tanpa muatan.

Perizaban lesen atau lesen perniagaan pengantaraan

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan oleh Lembaga kepada orang Melayu atau bumiputera menurut arahan yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1), hendaklah mengandungi pengendorsan seperti berikut:

“Diberikan menurut arahan yang diberi di bawah subseksyen 52(1)

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987”.

Pengendorsan sedemikian hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan tersebut telah diberi menurut arahan tersebut.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi menurut arahan yang diberi di bawah subseksyen (1), mengenakan kepada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan tersebut apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 71

tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 19 atau subseksyen 26A(5).

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “orang Melayu” atau

“bumiputera” hendaklah termasuk sesuatu syarikat, persatuan, atau suatu kumpulan orang sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, yang sebahagian majoriti modalnya dipunyai oleh, dan pengurusan dan pekerjanya adalah, orang Melayu atau bumiputera.

Had atas bilangan kenderaan kelas tertentu

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau dikehendaki dan setelah berunding dengan

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan dan Kerajaan Negeri atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menetapkan bilangan mana-mana kelas kenderaan perkhidmatan awam yang difikirkannya patut dibenarkan untuk digunakan untuk memenuhi keperluan yang munasabah bagi orang yang memerlukan penggunaan kenderaan tersebut.

Seksyen 54

Pengelasan dan penomboran laluan bas

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengelaskan dan menomborkan laluan yang berkenaan dengannya lesen bas ekspres, bas mini dan bas berhenti-henti diberi, mengikut apa-apa cara yang sesuai dan boleh menyiarkan suatu senarai laluan yang dikelaskan dan dinomborkan sedemikian.

Seksyen 55

Menjadikan kontrak tidak sah

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa kontrak untuk membawa seorang penumpang dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, setakat mana ia bertujuan untuk menyangkal atau mengehadkan liabiliti mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang mungkin sebaliknya dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian, atau kecederaan badan, kepada penumpang semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

daripada kenderaan dibenarkan, atau bertujuan untuk mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan apa-apa liabiliti tersebut adalah tidak sah.

Seksyen 56

Kaedah-kaedah

Open as pageSuggest a correction

(a)

borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak dikemukakan bagi apa-apa maksud Akta ini;

Suggest a correction

(b)

tatacara untuk permohonan, dan penentuan persoalan berkaitan dengan pemberian, pengubahan, penyerahan balik penggantungan dan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dan syarat yang dikenakan pada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dan berkaitan dengan rayuan;

Suggest a correction

(c)

pemberian lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dan pengeluaran salinan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dalam hal lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang hilang atau musnah;

Suggest a correction

(d)

fi yang kena dibayar di bawah Akta ini, cara pembayaran dan orang yang kena membayar fi tersebut, pengecualian fi tersebut bagi mana-mana orang atau kelas orang, atau syarikat, atau pengurangan fi tersebut;

Suggest a correction

(e)

jagaan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, pengemukaan, pengembalian, penyerahan balik dan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atas penamatan, penggantungan, pembatalan atau pengubahan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 73

syaratnya, dan jagaan, pengemukaan, pengembalian dan penghapusan dokumen;

Suggest a correction

(f)

bentuk daftar dan rekod lain yang akan disimpan dan disenggarakan oleh Lembaga, peruntukan bagi membuka, menyenggara dan menutup daftar dan rekod lain itu, peruntukan bagi memeriksa dan mengambil cabutan daripadanya dan membekal salinannya dan fi masing-masingnya yang kena dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu;

Suggest a correction

(g)

pemberitahuan kepada Ketua Pengarah atau Pengerusi mengenai kenderaan motor yang telah terhenti daripada digunakan di bawah suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(h)

rekod yang perlu disimpan oleh pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan pemandu kenderaan dibenarkan dan penyata yang perlu dibuat;

Suggest a correction

(i)

menetapkan penalti (yang tidak melebihi apa yang ditetapkan oleh seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987) bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana kaedah tersebut;

Suggest a correction

(j)

cara kenderaan perdagangan dikenal pasti sebagai kenderaan dibenarkan sama ada melalui plat, tanda atau sebaliknya, dan memperuntukkan perkataan, huruf, nombor, warna atau tanda pengenalan yang dilekatkan ataupun tidak pada kenderaan dibenarkan;

Suggest a correction

(k)

simpanan selamat atau pelupusan apa-apa harta yang tertinggal dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam dan menetapkan bayaran yang dibuat berkenaan dengannya;

Suggest a correction

(l)

mengawal selia apa-apa perkiraan atau perjanjian antara pemegang lesen yang merupakan suatu syarikat, suatu perkongsian atau suatu firma dengan pemandu kenderaan perkhidmatan awam;

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Suggest a correction

(m)

mengawal selia apa-apa perkiraan atau perjanjian berkenaan dengan pengiklanan atas kenderaan dibenarkan, dan kaedah-kaedah yang berlainan boleh dibuat berkenaan dengan kelas atau perihalan kenderaan dibenarkan yang berlainan, dan berkenaan dengan kelas dan perihalan kenderaan dibenarkan yang sama dalam hal keadaan yang berlainan.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Pemansuhan, peralihan dan kecualian

57. (1) Ordinan Lalulintas Jalan 1958 [Ord. No. 48 tahun 1958] dan

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Ordinan Lalulintas Jalan)

(Perluasan dan Pengubahsuaian) 1984 [P.U.(A) 136/1984] setakat yang ia berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan adalah dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa semua perundangan subsidiari yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda, digantung atau dibatalkan di bawahnya:

Dengan syarat selanjutnya bahawa apa-apa lesen, permit atau apa-apa dokumen lain berkenaan dengan suatu kenderaan dibenarkan, atau apa-apa pengurangan fi atau apa-apa pengecualian, yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberiannya itu selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus

CATATAN–Pindaan dalam subseksyen 36(2) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1994 [Akta A878]

hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian integral seksyen 57 Akta Lembaga Pelesenan

Kenderaan Perdagangan 1987 mulai 1 Januari 1988 dan apa-apa tindakan yang telah dilakukan dan prosiding yang telah dimulakan berkenaan dengan pelesenan kenderaan perdagangan semasa tempoh antara tarikh tersebut dan mula berkuat kuasanya Akta ini dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai dan sentiasa dan pada setiap masa sah dan menurut undang-undang.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 75

berkuat kuasa sehingga ia habis tempoh, atau diubah, dipinda atau dibatalkan di bawahnya.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu permohonan bagi pemberian suatu lesen berkenaan dengan kenderaan perdagangan telah dibuat sebelum Akta ini mula berkuat kuasa dan sedang menunggu, sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa, keputusan mana-mana pihak berkuasa sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3), prosiding berkenaan dengan permohonan tersebut hendaklah diteruskan di bawah Ordinan yang dimansuhkan tertakluk pada apa-apa ubah suaian kepada permohonan yang sedang dibuat untuk menyelaraskannya dengan peruntukan Akta ini, dan tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tersebut berkenaan dengan penerusan prosiding atas permohonan tersebut.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan, yang mempunyai kuasa untuk memberi lesen berkenaan dengan kenderaan perdagangan dan sedia ada sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah terus wujud dan hendaklah menjalankan semua fungsi sebagaimana yang diberi kepada

Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan yang ditubuhkan di bawah

Ordinan yang dimansuhkan itu sehingga ditubuhkan suatu Lembaga

Pelesenan Kenderaan Perdagangan di bawah seksyen 3 untuk menggantikan pihak berkuasa tersebut.

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan sesuatu keputusan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan masih belum selesai sebelum apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu telah terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak terakru untuk merayu, hendaklah diteruskan atau diadakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini, tertakluk pada semua arahan seperti itu sebagaimana yang disifatkan patut atau bermanfaat oleh pihak berkuasa atau mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk memberikannya mengenai perkara itu.

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan tambahan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui kaedah-kaedah, membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau bermanfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan disebabkan berkuat kuasanya Akta ini, dan mana-mana kaedah itu bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa mulai dari mula berkuat kuasanya Akta ini.

*CATATAN—lihat seksyen 7 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan

(Pindaan) 2019 [Akta A1686] m.b.p 15 Oktober 2023 yang memperuntukkan seperti berikut:

Peralihan

Seksyen 7

Suggest a correction

Mana-mana orang yang mengendalikan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan pengantaraan berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan barangan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah membuat permohonan bagi suatu lesen mengikut Bahagian IVA Akta ibu dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

77

Akta 334

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A708

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (Pindaan) 1988

15-09-1988

Akta A878

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan)

1994 04-03-1994

Akta A1024

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (Pindaan) 1998

01-07-1998:

kecuali perenggan 3(f) dan subperenggan 12(a)(i)(B)

P.U. (B) 509/2010

Pembetulan 18-11-2010

Akta A1376

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (Pindaan) 2010

31-01-2011

Akta A1553

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (Pindaan) 2017

12-07-2018

Akta A1686

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (Pindaan) 2023

15-10-2023

_____________

78

Akta 334

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1A

Akta A1024

Akta A1376

01-07-1998 31-01-2011 2

Akta A708

Akta A1024

Akta A1376

Akta A1553

Akta A1686

15-09-1988 01-07-1998 31-01-2011 12-07-2018 15-10-2023 3

Akta A1376

31-01-2011 4

Akta A1024

Akta A1376

01-07-1998 31-01-2011 5

Akta A1024

01-07-1998

6

Akta A1024

01-07-1998

7

Akta A708

15-09-1988

8A

Akta A1024

01-07-1998

9

Akta A1376

31-01-2011 10

Akta A708

Akta A1553

15-09-1988 12-07-2018 11

Akta A708

Akta A1024

15-09-1988 01-07-1998

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 79

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

14

Akta A1024

Akta A1553

Akta A1686

01-07-1998 12-07-2018 15-10-2023 15

Akta A1024 01-07-1998

17

Akta A1024

01-07-1998

19

Akta A1024

01-07-1998

20

Akta A1024

01-07-1998

20A

Akta A1024

01-07-1998

21A

Akta A1024

Akta A1686

01-07-1998 15-10-2023

25A – 25B

Akta A1024

01-07-1998

26

Akta A1553

12-07-2018

BAHAGIAN IVA

Akta A1553

12-07-2018

26A – 26G

Akta A1553

12-07-2018

BAHAGIAN IVB

Akta A1686

15-10-2023

26H

Akta A1686

15-10-2023

27

Akta A1376

Akta A1553

31-01-2011 12-07-2018 29

Akta A1024

01-07-1998

30

Akta A1553

12-07-2018 31

Akta A1553

12-07-2018 33

Akta A1024

Akta A1553

01-07-1998 12-07-2018 34

Akta A708

Akta A1024

Akta A1686

15-09-1988 01-07-1998 15-10-2023

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

35

Akta A1024

01-07-1998

36

Akta A1024

Akta A1553

01-07-1998 12-07-2018

37

Akta A1024

Akta A1553

01-07-1998 12-07-2018 38

Akta A1024

01-07-1998

39

Akta A1024

01-07-1998

40

Akta A1024

01-07-1998

42

Akta A1024

Akta A1553

01-07-1998 12-07-2018 43A

Akta A1553

12-07-2018 44

Akta A708

15-09-1988

44A

Akta A708

Akta A1024

15-09-1988 01-07-1998 44B

Akta A1024

Akta A1553

01-07-1998 12-07-2018 44C

Akta A1024

01-07-1998

45

Akta A708 15-09-1988

45A

Akta A708

15-09-1988

46

Akta A708

Akta A1553

15-09-1988 12-07-2018 47

Akta A1553

12-07-2018 48A

Akta A1024

01-07-1998

49

Akta A708

15-09-1988

50

Akta A708 15-09-1988

51

Akta A1024

01-07-1998

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 81

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

52

Akta A1553

12-07-2018 51A – 51B

Akta A1024

01-07-1998

54

Akta A1024

01-07-1998

56

Akta A1553

12-07-2018 57

Akta A1024

01-07-1998

Common questions

What is COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987?
*AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987 is Malaysia Act, cited as Act 334 1987, currently marked in force and first recorded in 1987.
Is COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 still in force?
Yes — COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 is currently in force.
When did COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 take effect?
COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 was first recorded in 1987.
How many sections does COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 have?
COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 contains 79 sections.
What amends COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987?
COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 has been amended by COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD (AMENDMENT) ACT 2017, AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023, and AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2025.
Where can I read the official version of COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987?
The official text of COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987 is published at lom.agc.gov.my.