Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(b)
Tempoh yang boleh ditentukan oleh Lembaga di bawah perenggan (a) tidaklah boleh melebihi tujuh tahun.
(c)
Apabila sesuatu lesen diberikan di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah menyatakan tarikh lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habisnya tempoh lesen itu, dan tarikh tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila ia dikeluarkan.
(2)
Jika pada tarikh habisnya tempoh lesen (selain lesen jangka pendek) yang diberi di bawah seksyen 16, prosiding di hadapan
Lembaga berkaitan dengan permohonan pemegang lesen tersebut bagi pembaharuan lesen itu di bawah seksyen 21 masih belum diputuskan, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu diselesaikan, tetapi sementara itu tanpa menjejaskan kuasa menggantungkan atau membatalkan lesen yang diberi di bawah Akta ini daripada dijalankan.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Lesen jangka pendek