Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(a)
berhubungan dengan suatu kelas tertentu lesen kenderaan perkhidmatan awam—
(i)
bahawa tambang tertentu hendaklah dikenakan;
(ii)
bahawa jika perlu bagi kepentingan awam, tambang hendaklah ditetapkan supaya mengelakkan berlakunya persaingan yang membazir dengan cara pengangkutan yang alternatif, jika ada, di sepanjang laluan atau mana-mana bahagiannya atau yang berdekatan dengannya;
(iii)
bahawa perkhidmatan itu hendaklah dijalankan di dalam kawasan atau laluan yang tertentu dan mengikut jadual waktu yang tertentu atau mengikut waktu perjalanan dan kekerapan yang tertentu;
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 29
(iv)
bahawa salinan jadual waktu dan jadual tambang hendaklah dibawa dan ditunjukkan dalam kenderaan yang digunakan semasa perkhidmatan itu dan boleh dikenakan pemeriksaan;
(v)
bahawa penumpang tidaklah boleh diambil atau diturunkan kecuali di tempat yang ditentukan di dalam lesen itu dan tidaklah boleh diambil atau diturunkan di antara tempat yang tertentu;
(vi)
bahawa jumlah penumpang yang melebihi bilangan tertentu tidaklah boleh dibawa;
(vii)
bahawa pemegang lesen itu atau orang tertentu sahaja yang boleh memandu atau mengendalikan kenderaan itu;
(viii)
bahawa kenderaan dibenarkan itu dilengkapi dengan mesin tiket atau kelengkapan yang menggunakan teknologi terbaru sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga;
(b)
berhubungan dengan suatu lesen kenderaan barangan—
(i)
bahawa kenderaan dibenarkan itu hendaklah digunakan atau tidaklah boleh digunakan dalam kawasan tertentu atau di antara tempat yang tertentu atau pada masa-masa tertentu;
(ii)
bahawa kenderaan dibenarkan itu hendaklah dikendalikan atau tidaklah boleh dikendalikan dalam kawasan selain kawasan yang lesen telah dikeluarkan baginya;
(iii)
bahawa barangan daripada kelas atau perihalan tertentu sahaja boleh dibawa atau tidaklah boleh dibawa;
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
(iv)
bahawa barangan hendaklah dibawa atau tidaklah boleh dibawa untuk orang tertentu;
(v)
bahawa caj atau caj maksimum atau minimum yang hendak dikenakan bagi pembawaan barangan, caj buruh bagi memuatkan dan memunggahkan kenderaan dan caj bagi demuraj kenderaan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(vi)
bahawa berat dengan muatan apa-apa kenderaan dibenarkan tidaklah boleh melebihi maksimum yang dinyatakan;
(vii)
bahawa barangan letupan, mudah terbakar, beracun atau berbahaya atau barangan yang mengeluarkan bau busuk hendaklah dibawa dengan cara tertentu dan langkah berjaga-jaga tertentu hendaklah diambil berhubungan dengan pembawaan barangan tersebut;
(c)
berhubungan dengan sesuatu lesen pembawa ‘A’ yang tidak mempunyai sekatan ke atas jenis barangan yang akan dibawa, bahawa pembawaan barangan tidaklah boleh ditolak tanpa sebab yang munasabah;
(d)
(Dipotong oleh Akta A1024);
(e)
berhubungan dengan semua lesen—
(i)
bahawa upah, syarat dan waktu kerja orang yang digajikan berkaitan dengan kenderaan dibenarkan atau perkhidmatan dibenarkan itu hendaklah menepati beberapa keperluan tertentu;
(ii)
bahawa dokumen yang berhubungan dengan barangan atau penumpang hendaklah dibawa di dalam kenderaan dibenarkan itu;
(iii)
bahawa pengeluaran dan pengawalan tiket untuk penumpang dan catatan konsainan bagi barangan dan
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 31
penomboran atau penandaan barangan itu dengan apa-apa cara untuk membolehkan barangan itu senang dikenali hendaklah menepati kehendak Lembaga;
(iv)
bahawa pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menunjukkan akaun, dokumen dan rekod tertentu apabila diminta untuk pemeriksaan atau penentusahan;
(v)
bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang semasa berada di dalam kenderaan dan orang yang berada di jalan hendaklah digalakkan;
(vi)
bahawa kenderaan dibenarkan itu disimpan di tempat yang ditetapkan.
(2)
Lembaga boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini.
(3)
Pemegang lesen atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Dalam hal kenderaan yang digunakan untuk pengangkutan barangan dan yang berkenaan dengannya suatu lesen di bawah Akta ini telah dikeluarkan, pemegang lesen atau mana-mana orang yang menyebabkan atau membenarkan kenderaan yang berkenaan digunakan oleh mana-mana orang adalah, sekiranya orang yang menggunakan kenderaan itu gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Syarat berkanun lesen