Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 20

(a)

bahawa kenderaan dibenarkan itu dijaga dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua

Pengarah;

(b)

bahawa apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan had kelajuan, berat dengan muatan dan tanpa muatan dan pemuatan kenderaan dipatuhi berhubungan dengan kenderaan dibenarkan itu;

(c)

bahawa seksyen 40 dipatuhi.

(2)

Pemegang lesen atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini, yang gagal mematuhi mana-mana syarat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Jika sesuatu mahkamah telah mendapati bahawa pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan itu bersalah kerana gagal mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b), maka mahkamah itu hendaklah menghantar notis mengenai dapatan bersalah itu kepada Lembaga dan, jika berkenaan, mengenai mana-mana orang yang didapati bersalah kerana menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan kenderaan itu, kepada Ketua Pengarah yang memberikan lesen vokasional itu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 33

Permohonan bagi kelulusan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian