Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Kuasa membatalkan atau menggantung lesen
(a)
atas alasan bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana syarat lesen telah tidak dipatuhi;
(b)
atas alasan bahawa lesen itu telah didorongi oleh kenyataan palsu mengenai fakta oleh pemegang lesen itu atau bagi pihaknya; atau
(c)
jika Lembaga berpuas hati bahawa kenderaan motor itu telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud:
Dengan syarat bahawa Lembaga tidaklah boleh membatalkan atau menggantung lesen itu atas alasan pelanggaran mana-mana syarat melainkan ia berpuas hati, selepas memberi peluang kepada pemegang lesen untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang mahu dibuatnya, bahawa oleh kerana kerapnya berlaku pelanggaran atau oleh kerana pelanggaran itu dilakukan secara sengaja atau oleh kerana bahaya kepada awam akibat daripada pelanggaran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), pelanggaran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 20(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran yang merupakan bahaya kepada awam.
(3)
Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, ia tidak akan berkuat kuasa dari tarikh pembatalan itu atau semasa tempoh penggantungan tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 37
Larangan berhubungan dengan lesen yang digantung