Malaysia legislation

Section 26B

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 26B

(2)

Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.

(3)

Jika pemegang lesen perniagaan pengantaraan tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 41

munasabah oleh Lembaga, Lembaga boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

(4)

Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan, mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga.

Permohonan bagi pengubahan

Section 26B — COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987