Malaysia legislation

Section 26G

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 26G

(a)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen perniagaan pengantaraan itu;

(b)

apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu oleh Kerajaan; dan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 45

(c)

apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(3)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN IVB

PEREDARAN ANTARABANGSA KENDERAAN PERDAGANGAN

Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa