Malaysia legislation

Section 26H

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 26H

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

(b)

untuk mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yang bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

(c)

untuk mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi kenderaan perdagangan yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah—

(i)

takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan;

(ii)

jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap kenderaan perdagangan; dan

(iii)

akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan

(d)

untuk menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.