Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 27

Tertakluk pada Akta ini, mana-mana orang—

(a)

yang menjadi pemohon untuk mendapatkan atau untuk memperbaharui sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini, yang terkilan dengan keputusan Lembaga atas permohonan itu, atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga bagi sesuatu lesen

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 47

atau lesen perniagaan pengantaraan yang telah diberikannya;

atau

(b)

yang menjadi pemegang sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini, yang terkilan dengan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu, boleh, dalam masa sembilan puluh hari selepas penyampaian surat keputusan oleh Lembaga, atau bagi apa-apa tempoh yang lebih panjang yang ditetapkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri secara bertulis terhadap keputusan tersebut dengan menyatakan alasan rayuan.

Kuasa Menteri untuk melantik jawatankuasa rayuan