Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“barangan” ertinya apa-apa benda, termasuk ternakan, yang dibawa atas atau dalam suatu kenderaan motor bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan tetapi tidak termasuk—
(a)
kelengkapan yang biasanya digunakan dengan kenderaan itu;
(b)
barang dagangan yang dibawa oleh seseorang atas atau dalam kenderaan itu semata-mata bagi maksud dipertunjukkan sebagai sampel;
(c)
barang yang dibawa oleh seseorang atas atau dalam kenderaan itu untuk digunakan dalam menjalankan perdagangan, perniagaan atau profesionnya dan bukan untuk jualan;
“bas” ertinya kenderaan perkhidmatan awam yang muatan duduknya tidak kurang daripada lapan orang (termasuk pemandu);
“bas berhenti-henti” ertinya bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh Lembaga untuk membawa penumpang pada suatu perkhidmatan yang mengandungi peringkat tambang, dengan tambang, jadual waktu dan jadual tambang yang berasingan bagi setiap peringkat tambang;
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 11
“bas carter” ertinya bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas itu;
“bas ekspres” ertinya bas yang berulang alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh Lembaga, dengan jadual waktu dan jadual tambang, untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan pada suatu perkhidmatan yang tidak mengandungi peringkat tambang yang jaraknya kurang daripada tiga puluh dua kilometer;
“bas mini” ertinya bas yang muatan duduknya tidak melebihi dua puluh enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan;
“bas pekerja” ertinya bas yang digunakan untuk membawa pekerja dalam mana-mana industri ke dan dari tempat kerja mereka dan sebaliknya;
“bas pengantara” ertinya bas yang tidak mengandungi peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang berasingan dari suatu pangkalan tetap dalam jarak yang lingkungannya tidak melebihi tujuh kilometer;
“bas sekolah” ertinya bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain;
“berat dengan muatan maksimum dibenarkan” ertinya berat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai berat dengan muatan yang sesuai bagi suatu kenderaan dibenarkan;
“berat tanpa muatan” ertinya berat suatu kenderaan termasuk badan dan semua bahagian (yang lebih berat diambil kira jika badan atau bahagian alternatif digunakan) yang perlu bagi, atau biasanya digunakan dengan, kenderaan itu apabila digunakan di atas suatu jalan tetapi tidak termasuk perkakas curai;
“bumiputera” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
“Jabatan Pengangkutan Jalan” ertinya Jabatan yang ditadbirkan oleh
Ketua Pengarah;
“jalan” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“kebankrapan”
termasuklah ketidaksolvenan yang akibat daripadanya suatu perintah mentadbirkan pemakan gaji telah dibuat di bawah undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan;
“kenderaan” ertinya suatu struktur bermotor yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;
“kenderaan barangan” ertinya—
(a)
mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk kegunaan membawa barangan; atau
(b)
mana-mana kenderaan motor yang tidak dibina atau disesuaikan sedemikian apabila digunakan untuk membawa barangan semata-mata atau selain daripada penumpang, tetapi tidak termasuk motokar persendirian yang menarik trailer bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perdagangan atau perniagaan;
“kenderaan dibenarkan”, berhubungan dengan mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, ertinya kenderaan yang dinyatakan di dalam lesen itu dan yang dibenarkan untuk digunakan di bawahnya;
“kenderaan e-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang
(termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 13
“kenderaan motor” ertinya kenderaan dari apa-apa perihalan, yang didorong oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan, dan termasuklah trailer;
“kenderaan perdagangan” termasuklah kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan;
“kenderaan perkhidmatan awam” ertinya kenderaan motor yang digunakan untuk membawa penumpang untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan lain yang berharga;
“kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan caj bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri;
“kereta sewa” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh
Lembaga, dua belas orang, (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
“kereta sewa dan pandu” ertinya kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya;
“Ketua Pegawai Polis” termasuklah mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang Ketua Pegawai Polis untuk menjalankan kuasa yang terletak hak oleh Akta ini pada seorang Ketua Pegawai Polis;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Timbalan
Pengarah;
“konduktor” ertinya seseorang yang diberi lesen di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987 untuk bertindak sebagai konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
Sabah atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan termasuklah suatu lesen jangka pendek yang dikeluarkan di bawah seksyen 18 kecuali lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah
Bahagian IVA;
“lesen perniagaan pengantaraan” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan;
“orang Melayu” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
“pangkalan”,—
(a)
berhubungan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan lesen, ertinya alamat, premis atau tempat yang dinyatakan dalam permohonan itu sebagai pangkalan atau pusat tetap dari mana ia bertujuan supaya kenderaan motor itu, yang menjadi subjek permohonan tersebut, akan biasanya digunakan; dan
(b)
berhubungan dengan suatu lesen, ertinya alamat, premis atau tempat yang dinyatakan dalam lesen itu sebagai pangkalan atau pusat tetap dari mana kenderaan dibenarkan hendak
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 15
digunakan atau dikendalikan apabila digunakan atau dikendalikan sedemikian bagi maksud yang dibenarkan oleh lesen itu;
“pegawai Lembaga” ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 8A;
“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai pegawai pengangkutan jalan di bawah seksyen 3
Akta Pengangkutan Jalan 1987;
“pegawai polis” termasuklah pegawai polis tambahan, pegawai polis sukarelawan simpanan dan pegawai polis bantuan;
“pemandu” ertinya orang yang pada masa itu sedang memandu suatu kenderaan motor;
“pembawaan barangan” termasuklah penghelaan barangan;
“pemunya”,—
(a)
berhubungan dengan suatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan tersebut; dan
(b)
berhubungan dengan mana-mana kenderaan motor lain, ertinya orang yang memiliki atau mengguna atau yang berhak mengguna kenderaan motor itu;
“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya suatu kenderaan motor di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;
“penggunaan” ertinya penggunaan di atas mana-mana jalan;
“penumpang”,—
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
(a)
berhubungan dengan seseorang yang dibawa di atas sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, tidaklah termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pemeriksa tiket dalam menjalankan tugasnya; dan
(b)
berhubungan dengan orang yang dibawa di atas kenderaan barangan, tidak termasuk pemandu atau mana-mana kelindan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dibawa di atas kenderaan tersebut;
“peringkat tambang”, berhubungan dengan laluan yang dibenarkan dalam lesen kenderaan perkhidmatan awam, ertinya mana-mana bahagian laluan itu bagi maksud menyusun suatu jadual tambang;
“perniagaan pengantaraan” ertinya perniagaan yang memudahkan perkiraan, penempahan atau transaksi kenderaan e-hailing atau kenderaan p-hailing sama ada untuk apa-apa balasan berharga atau nilaian wang atau selainnya;
“pihak berkuasa tempatan” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
“Setiausaha Lembaga” ertinya Setiausaha Lembaga Pelesenan kenderaan Perdagangan yang dilantik di bawah seksyen 5 atau 6, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“syarikat” termasuklah mana-mana syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, mana-mana perbadanan yang ditubuhkan menurut undang-undang, dan mana-mana firma atau perkongsian;
“teksi” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 17
pada mana-mana perjalanan sebagai balasan kepada satu tambang;
“teksi lapangan terbang” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan;
“teksi mewah” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran;
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5 atau 6, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“trailer” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987.