Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya
Walau apa pun seksyen 17 dan 26A, jika Menteri meluluskan sepenuhnya sesuatu rayuan terhadap sesuatu perintah yang membatalkan sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini, kesahan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah sesudah itu dilanjutkan selama suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu tidak mempunyai kuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dengan sewajarnya.