Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(2)
Pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberi kepada pemegang lesen kecuali dengan keizinan terlebih dahulu daripada
Lembaga dan pemegang lesen itu tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil tersebut menjalankan mana-mana hak itu.
(3)
Pemegang sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini yang bermaksud untuk memindahmilikkan atau menyerahhakkan lesen itu atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan kenderaan dibenarkan atau memberi perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Lembaga boleh, jika berlakunya kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, penyelesaian, pemegang lesen itu atau, jika seseorang penerima atau pengurus dilantik
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 55
berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu atau, jika kerana apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa ia akan menimbulkan ketidakadilan jika tidak dilakukannya, membenarkan pemindahmilikan lesen itu.
Rekod dan penyata