Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 42

Pernyataan palsu

(a)

bagi maksud mendapatkan di bawah peruntukan Akta ini, pemberian apa-apa jenis atau perihalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan bagi dirinya atau mana-mana orang lain, atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan sedemikian, atau bagi maksud menahan pemberian atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan sedemikian atau mendapatkan pengenaan apa-apa syarat atau pengehadan berhubungan dengan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan sedemikian, membuat apa-apa pernyataan atau akuan yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;

(b)

memberi apa-apa butir berhubungan dengan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;

(c)

membuat apa-apa catatan dalam suatu rekod, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dikeluarkan, disimpan, disenggara atau diberi di bawah Akta ini yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 57

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila terbukti bahawa apa-apa permohonan, butir-butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, butir-butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis itu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau menyediakannya.

(3)

Jika mana-mana orang—

(a)

memalsukan, mengubah, mengganggu, merosak, mencacat, mengguna atau meminjamkan kepada atau membenar untuk digunakan oleh mana-mana orang lain, apa-apa tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dibawa atau dipamerkan di atas kenderaan motor atau pada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan;

(b)

membuat atau ada dalam milikannya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda, plat atau dokumen yang tersebut dahulu dengan maksud untuk memperdaya;

(c)

mengubah apa-apa catatan yang dibuat di dalam suatu daftar, lesen, lesen perniagaan pengantaraan atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;

(d)

mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, rosak, cacat atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan motor;

(e)

mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau tanda

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

pengenalan, plat atau dokumen yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut;

(f)

menyediakan atau menyenggara atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod palsu yang dikehendaki disenggara di bawah Akta ini; atau

(g)

memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini, maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (d), dia tidaklah boleh didapati bersalah atas suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menganggap bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, rosak, cacat atau ditambah, atau bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, tanda, plat atau dokumen itu adalah tiruan.

(4)

Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen yang dibawa di atas suatu kenderaan motor, atau apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya oleh pemandu atau orang yang menjaga suatu kenderaan motor menurut Akta ini, adalah dokumen yang berhubungan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen ini, dia boleh menyita dokumen, lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau rekod itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini ungkapan “dokumen” termasuklah lencana dan ungkapan “menyita” termasuklah kuasa untuk menanggalkan sesuatu dari kenderaan itu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 59

Liabiliti pemunya berdaftar dan lain-lainnya

Section 42 — COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987