Malaysia legislation
Section 44A
Seksyen 44A
Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan
(2)
Barang siapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberi maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh pegawai itu atau menyatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Apabila apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhan atau sebahagiannya tidaklah boleh menjadi dalihan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-
CATATAN—Dahulunya “tidak melebihi lima ribu ringgit”–lihat Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (Pindaan) 1998 [Akta A1024].
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberi dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.
Kuasa Pegawai Lembaga untuk menyiasat, dsb.