Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Jika sesuatu pemberitahuan atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang berikutan dengan hari yang pemberitahuan atau dokumen itu sepatutnya diterima, dalam perjalanan biasa pos, jika pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan—
(a)
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;
(b)
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar
Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah
*Akta Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan
Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya;
(c)
dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.
(3)
Jika seseorang yang kepadanya dialamatkan surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberi di bawah peruntukan Akta ini diberitahu tentang fakta bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, maka notis itu
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu sedemikian.
Kesalahan dan penalti am