Malaysia legislation
Section 48A
Seksyen 48A
(a)
tanpa alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak pada orang itu, enggan atau gagal melakukan apa-apa yang dia dikehendaki melakukannya di bawah Akta ini;
(b)
tanpa alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak pada orang itu, gagal mematuhi kehendak apa-apa notis yang disampaikan kepadanya di bawah Akta ini; atau
(c)
tanpa alasan yang munasabah, yang bukti mengenainya terletak pada orang itu, melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh, jika tiada apa-apa penalti khas diperuntukkan, dalam hal sabitan yang pertama didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengkompaun