Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(2)
Suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan oleh Lembaga kepada orang Melayu atau bumiputera menurut arahan yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1), hendaklah mengandungi pengendorsan seperti berikut:
“Diberikan menurut arahan yang diberi di bawah subseksyen 52(1)
Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987”.
Pengendorsan sedemikian hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan tersebut telah diberi menurut arahan tersebut.
(3)
Lembaga boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi menurut arahan yang diberi di bawah subseksyen (1), mengenakan kepada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan tersebut apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 71
tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 19 atau subseksyen 26A(5).
(4)
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “orang Melayu” atau
“bumiputera” hendaklah termasuk sesuatu syarikat, persatuan, atau suatu kumpulan orang sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, yang sebahagian majoriti modalnya dipunyai oleh, dan pengurusan dan pekerjanya adalah, orang Melayu atau bumiputera.
Had atas bilangan kenderaan kelas tertentu