Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Kaedah-kaedah
(a)
borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak dikemukakan bagi apa-apa maksud Akta ini;
(b)
tatacara untuk permohonan, dan penentuan persoalan berkaitan dengan pemberian, pengubahan, penyerahan balik penggantungan dan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dan syarat yang dikenakan pada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dan berkaitan dengan rayuan;
(c)
pemberian lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dan pengeluaran salinan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dalam hal lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang hilang atau musnah;
(d)
fi yang kena dibayar di bawah Akta ini, cara pembayaran dan orang yang kena membayar fi tersebut, pengecualian fi tersebut bagi mana-mana orang atau kelas orang, atau syarikat, atau pengurangan fi tersebut;
(e)
jagaan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, pengemukaan, pengembalian, penyerahan balik dan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atas penamatan, penggantungan, pembatalan atau pengubahan
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 73
syaratnya, dan jagaan, pengemukaan, pengembalian dan penghapusan dokumen;
(f)
bentuk daftar dan rekod lain yang akan disimpan dan disenggarakan oleh Lembaga, peruntukan bagi membuka, menyenggara dan menutup daftar dan rekod lain itu, peruntukan bagi memeriksa dan mengambil cabutan daripadanya dan membekal salinannya dan fi masing-masingnya yang kena dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu;
(g)
pemberitahuan kepada Ketua Pengarah atau Pengerusi mengenai kenderaan motor yang telah terhenti daripada digunakan di bawah suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi di bawah Akta ini;
(h)
rekod yang perlu disimpan oleh pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan pemandu kenderaan dibenarkan dan penyata yang perlu dibuat;
(i)
menetapkan penalti (yang tidak melebihi apa yang ditetapkan oleh seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987) bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana kaedah tersebut;
(j)
cara kenderaan perdagangan dikenal pasti sebagai kenderaan dibenarkan sama ada melalui plat, tanda atau sebaliknya, dan memperuntukkan perkataan, huruf, nombor, warna atau tanda pengenalan yang dilekatkan ataupun tidak pada kenderaan dibenarkan;
(k)
simpanan selamat atau pelupusan apa-apa harta yang tertinggal dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam dan menetapkan bayaran yang dibuat berkenaan dengannya;
(l)
mengawal selia apa-apa perkiraan atau perjanjian antara pemegang lesen yang merupakan suatu syarikat, suatu perkongsian atau suatu firma dengan pemandu kenderaan perkhidmatan awam;
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
(m)
mengawal selia apa-apa perkiraan atau perjanjian berkenaan dengan pengiklanan atas kenderaan dibenarkan, dan kaedah-kaedah yang berlainan boleh dibuat berkenaan dengan kelas atau perihalan kenderaan dibenarkan yang berlainan, dan berkenaan dengan kelas dan perihalan kenderaan dibenarkan yang sama dalam hal keadaan yang berlainan.
(2)
Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Pemansuhan, peralihan dan kecualian
57. (1) Ordinan Lalulintas Jalan 1958 [Ord. No. 48 tahun 1958] dan
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Ordinan Lalulintas Jalan)
(Perluasan dan Pengubahsuaian) 1984 [P.U.(A) 136/1984] setakat yang ia berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan adalah dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa semua perundangan subsidiari yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda, digantung atau dibatalkan di bawahnya:
Dengan syarat selanjutnya bahawa apa-apa lesen, permit atau apa-apa dokumen lain berkenaan dengan suatu kenderaan dibenarkan, atau apa-apa pengurangan fi atau apa-apa pengecualian, yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberiannya itu selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus
CATATAN–Pindaan dalam subseksyen 36(2) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1994 [Akta A878]
hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian integral seksyen 57 Akta Lembaga Pelesenan
Kenderaan Perdagangan 1987 mulai 1 Januari 1988 dan apa-apa tindakan yang telah dilakukan dan prosiding yang telah dimulakan berkenaan dengan pelesenan kenderaan perdagangan semasa tempoh antara tarikh tersebut dan mula berkuat kuasanya Akta ini dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai dan sentiasa dan pada setiap masa sah dan menurut undang-undang.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 75
berkuat kuasa sehingga ia habis tempoh, atau diubah, dipinda atau dibatalkan di bawahnya.
(2)
Jika suatu permohonan bagi pemberian suatu lesen berkenaan dengan kenderaan perdagangan telah dibuat sebelum Akta ini mula berkuat kuasa dan sedang menunggu, sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa, keputusan mana-mana pihak berkuasa sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3), prosiding berkenaan dengan permohonan tersebut hendaklah diteruskan di bawah Ordinan yang dimansuhkan tertakluk pada apa-apa ubah suaian kepada permohonan yang sedang dibuat untuk menyelaraskannya dengan peruntukan Akta ini, dan tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tersebut berkenaan dengan penerusan prosiding atas permohonan tersebut.
(3)
Mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan, yang mempunyai kuasa untuk memberi lesen berkenaan dengan kenderaan perdagangan dan sedia ada sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah terus wujud dan hendaklah menjalankan semua fungsi sebagaimana yang diberi kepada
Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan yang ditubuhkan di bawah
Ordinan yang dimansuhkan itu sehingga ditubuhkan suatu Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan di bawah seksyen 3 untuk menggantikan pihak berkuasa tersebut.
(4)
Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan sesuatu keputusan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan masih belum selesai sebelum apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu telah terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak terakru untuk merayu, hendaklah diteruskan atau diadakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini, tertakluk pada semua arahan seperti itu sebagaimana yang disifatkan patut atau bermanfaat oleh pihak berkuasa atau mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk memberikannya mengenai perkara itu.
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan tambahan, dsb.