Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Seksyen 2

(a)

apa-apa binatang;

(b)

apa-apa serangga berbahaya;

(c)

apa-apa kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup;

(d)

kultura apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau

(e)

hasil apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus, yang berupaya menyebabkan apa-apa penyakit berjangkit;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan, mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 3;

“Pegawai Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan tugas Pegawai Kesihatan dalam mana-mana kawasan, daerah, atau kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk had

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

lapangan terbang dan pelabuhannya, dan termasuklah Ketua Pengarah,

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan

Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan

Kesihatan Negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri

Sarawak dan Timbalannya;

“pelabuhan” ertinya pelabuhan laut atau pelabuhan pelayaran pedalaman yang biasanya dikunjungi oleh kapal;

“pemerhatian” ertinya penyisihan mana-mana kontak atau orang yang disyaki menghidap apa-apa penyakit berjangkit bagi maksud menentukan sama ada dia menghidap penyakit berjangkit atau tidak, dan termasuklah rawatan orang itu;

“pencemaran” ertinya wujudnya agen penyakit berjangkit pada permukaan atau dalam benda tidak bernyawa atau pada permukaan tubuh benda bernyawa;

“pengamal perubatan” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

“pengasingan” apabila dipakai bagi seseorang atau sekumpulan orang ertinya memisahkan orang itu atau kumpulan orang itu daripada orang lain, kecuali kakitangan yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pengasingan orang yang tersebut, mengikut apa-apa cara untuk mencegah merebaknya jangkitan itu, dan termasuklah rawatan orang itu atau kumpulan orang itu;

“pengawasan” ertinya pengenaan mana-mana orang yang tidak diasingkan kepada pemeriksaan atau siasatan berkala bagi maksud menentukan keadaan kesihatannya dan kepada syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa bagi maksud itu;

“penyakit berjangkit” ertinya apa-apa penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Pencegahan dan Pengawalan 11

Penyakit Berjangkit

“Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

“pesawat udara” termasuklah tiap-tiap jenis pesawat yang digunakan dalam penerbangan mengikut jalan udara;

“premis” termasuklah apa-apa struktur, kekal atau selainnya, tanah di mana struktur itu terletak, dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengannya, dan termasuk juga mana-mana jalan, kawasan lapang atau kenderaan;

“rawatan” termasuk segala perbuatan dan prosedur yang perlu bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit;

“rumah tumpangan” termasuklah―

(a)

hotel;

(b)

asrama; atau

(c)

mana-mana institusi tempat berlindung atau tempat berehat bagi orang yang memerlukan jagaan;

“serangga berbahaya” ertinya apa-apa artropod yang membawa atau menyebabkan, atau berupaya membawa atau menyebabkan, apa-apa penyakit berjangkit, dan termasuklah telur, larva dan kepompong artropod itu;

“stesen kuarantin” ertinya mana-mana tempat di mana pengasingan atau pemerhatian dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin;

“wabak”

ertinya kemerebakan sesuatu penyakit dengan bertambahnya kes dalam sesuatu kawasan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

(2)

Apa-apa sebutan mengenai

“lapangan terbang”

atau

“pelabuhan” termasuklah sebutan mengenai apa-apa struktur, yang kekal atau selainnya, di dalam had lapangan terbang atau pelabuhan itu.

Section 2 — PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988