/akn/my/act/act/1988/342

*AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1988
Last amended
2025
Sections
36
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 is Malaysia Act, cited as Act 342 1988, currently marked in force and first recorded in 1988.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara lain yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia ―1 April 1989, P.U. (B) 179/1989] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya Akta ini, atau peruntukan yang berlainan di dalamnya, di bahagian yang berlainan di Malaysia.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(c)

apa-apa kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup;

Suggest a correction

(d)

kultura apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau

Suggest a correction

(e)

hasil apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus, yang berupaya menyebabkan apa-apa penyakit berjangkit;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan, mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 3;

“Pegawai Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan tugas Pegawai Kesihatan dalam mana-mana kawasan, daerah, atau kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk had

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

lapangan terbang dan pelabuhannya, dan termasuklah Ketua Pengarah,

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan

Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan

Kesihatan Negeri, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri

Sarawak dan Timbalannya;

“pelabuhan” ertinya pelabuhan laut atau pelabuhan pelayaran pedalaman yang biasanya dikunjungi oleh kapal;

“pemerhatian” ertinya penyisihan mana-mana kontak atau orang yang disyaki menghidap apa-apa penyakit berjangkit bagi maksud menentukan sama ada dia menghidap penyakit berjangkit atau tidak, dan termasuklah rawatan orang itu;

“pencemaran” ertinya wujudnya agen penyakit berjangkit pada permukaan atau dalam benda tidak bernyawa atau pada permukaan tubuh benda bernyawa;

“pengamal perubatan” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

“pengasingan” apabila dipakai bagi seseorang atau sekumpulan orang ertinya memisahkan orang itu atau kumpulan orang itu daripada orang lain, kecuali kakitangan yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pengasingan orang yang tersebut, mengikut apa-apa cara untuk mencegah merebaknya jangkitan itu, dan termasuklah rawatan orang itu atau kumpulan orang itu;

“pengawasan” ertinya pengenaan mana-mana orang yang tidak diasingkan kepada pemeriksaan atau siasatan berkala bagi maksud menentukan keadaan kesihatannya dan kepada syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa bagi maksud itu;

“penyakit berjangkit” ertinya apa-apa penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Pencegahan dan Pengawalan 11

Penyakit Berjangkit

“Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

“pesawat udara” termasuklah tiap-tiap jenis pesawat yang digunakan dalam penerbangan mengikut jalan udara;

“premis” termasuklah apa-apa struktur, kekal atau selainnya, tanah di mana struktur itu terletak, dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengannya, dan termasuk juga mana-mana jalan, kawasan lapang atau kenderaan;

“rawatan” termasuk segala perbuatan dan prosedur yang perlu bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti penyakit berjangkit;

“rumah tumpangan” termasuklah―

Suggest a correction

(c)

mana-mana institusi tempat berlindung atau tempat berehat bagi orang yang memerlukan jagaan;

“serangga berbahaya” ertinya apa-apa artropod yang membawa atau menyebabkan, atau berupaya membawa atau menyebabkan, apa-apa penyakit berjangkit, dan termasuklah telur, larva dan kepompong artropod itu;

“stesen kuarantin” ertinya mana-mana tempat di mana pengasingan atau pemerhatian dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin;

“wabak”

ertinya kemerebakan sesuatu penyakit dengan bertambahnya kes dalam sesuatu kawasan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Suggest a correction

(2)

Apa-apa sebutan mengenai

“lapangan terbang”

atau

“pelabuhan” termasuklah sebutan mengenai apa-apa struktur, yang kekal atau selainnya, di dalam had lapangan terbang atau pelabuhan itu.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa apabila bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah memelihara kerahsiaan segala perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam melaksanakan tugas rasminya di bawah Akta ini dan tidak boleh menyampaikan apa-apa perkara itu kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang melanggar peruntukan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Pembatasan liabiliti

Suggest a correction

Seksyen 5

Penyakit Berjangkit

Open as pageSuggest a correction

Pegawai polis, kastam dan imigresen dan pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan yang lain hendaklah memberikan apa-apa bantuan yang diminta oleh mana-mana pegawai diberi kuasa bagi maksud membolehkannya menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENCEGAHAN PEMBAWAAN MASUK PENYAKIT BERJANGKIT

Suggest a correction

Pengisytiharan kawasan jangkitan

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan lain di luar Malaysia sebagai kawasan jangkitan.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mencegah kemasukan apa-apa penyakit berjangkit dari sesuatu kawasan jangkitan.

Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana-mana kenderaan sedemikian; dan

Suggest a correction

(c)

mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana bahagian sesuatu kenderaan yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah tercemar atau berinfestasi dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus sehingga pegawai itu berpuas hati.

Suggest a correction

(3)

Jika semasa dia membuat pemeriksaan perubatan di bawah subseksyen (1) seseorang pegawai diberi kuasa mendapati atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang telah dijangkiti atau adalah seorang kontak, dia boleh memerintahkan supaya orang itu—

(a)

dipindahkan ke suatu stesen kuarantin dan ditahan di sana bagi pengasingan atau pemerhatian; dan

Suggest a correction

(b)

diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.

Masa pemeriksaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemunya mana-mana kenderaan, atau ejennya atau pekhidmatnya, yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Membawa masuk atau membawa keluar mayat dan organisma atau bahan patogenik

Suggest a correction

Seksyen 9

Penyakit Berjangkit

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa mayat, tisu manusia atau apa-apa bahagiannya;

atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa organisma atau bahan patogenik atau apa-apa bahagiannya, kecuali mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(3)

Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah dengan disedarinya membawa masuk atau membawa keluar mayat, tisu manusia, atau apa-apa bahagiannya atau organisma atau bahan patogenik itu atau apa-apa bahagiannya sehingga dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT

Suggest a correction

Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah tumpangan itu menghidap atau telah mati akibat penyakit berjangkit.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana pegawai polis atau ketua kampung yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(6)

Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga

Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud.

Pencegahan dan Pengawalan 17

Penyakit Berjangkit

Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mengawal atau mencegah merebaknya apa-apa penyakit berjangkit di dalam atau daripada sesuatu kawasan tempatan jangkitan.

Suggest a correction

(3)

Selama berkuat kuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya mana-mana orang atau golongan atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka—

(b)

diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau

Suggest a correction

(c)

dikenakan apa-apa langkah lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa untuk mengawal penyakit itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Adalah sah bagi seseorang pegawai diberi kuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)

dipatuhi.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap mana-mana penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(4)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya di tempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan perubatan.

Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menghantar, dengan langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, apa-apa barang atau binatang supaya barang atau binatang itu dibasmi kuman.

Pencegahan dan Pengawalan 19

Penyakit Berjangkit

Pengasingan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyebabkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh menahan orang itu di stesen itu sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Seksyen 15

Pemerhatian atau pengawasan kontak

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.

Perintah bagi pemeriksaan mayat

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mengesyaki bahawa seseorang telah mati akibat suatu penyakit berjangkit, dia boleh memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke sesuatu tempat yang ditetapkannya bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu.

Seksyen 17

Pengurusan orang mati

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang telah mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu penyakit berjangkit; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Suggest a correction

(b)

seseorang pegawai diberi kuasa telah memberikan arahan cara-cara mayat orang itu akan dikebumikan atau dibakar, tiada seorang pun boleh mengebumikan atau membakar mayat itu selain mengikut arahan pegawai diberi kuasa itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Membasmi kuman dan menutup premis

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika orang itu menghidap atau telah menghidap sesuatu penyakit berjangkit;

Suggest a correction

(b)

memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Suggest a correction

(c)

memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus;

Suggest a correction

(d)

memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya;

Suggest a correction

(e)

memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak

Pencegahan dan Pengawalan 21

Penyakit Berjangkit berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya, memerintahkan pemusnahannya; dan

Suggest a correction

(f)

melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa bagi maksud menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).

Pemusnahan struktur

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai Kesihatan itu hendaklah melaporkan kepada Ketua

Pengarah tiap-tiap perintah di bawah subseksyen (1).

Menjual atau menyewakan bangunan yang tercemar

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberi kuasa itu berpuas hati; atau

Suggest a correction

(b)

tidak perlu dibasmi kuman, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah tumpangan sebagai penginap berbayar.

Kuasa untuk memerintahkan kenderaan tertentu dibasmi kuman

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa sesuatu kenderaan telah digunakan untuk membawa seseorang yang menghidap penyakit berjangkit, pegawai diberi kuasa itu boleh menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman.

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 22

Mana-mana orang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menghalang atau mengendalakan, atau membantu menghalang atau mengendalakan, mana-mana pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipannya;

Suggest a correction

(b)

tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa;

Suggest a correction

(c)

enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(d)

apabila dikehendaki memberikan maklumat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, memberikan maklumat palsu, melakukan suatu kesalahan.

Pencegahan dan Pengawalan 23

Penyakit Berjangkit

Pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh hadir di mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 24

Penalti am

Open as pageSuggest a correction

(a)

berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(c)

berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 25

Akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan—

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya bagi maksud ini secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai boleh dikompaun dengan mendapatkan daripada pesalah itu sejumlah wang yang tidak melebihi seribu ringgit.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), premis itu hendaklah dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dikembalikan kepada pemunyanya.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), pemunyanya hendaklah dibayar pampasan yang dipersetujui di antara pemunya itu dengan Ketua Pengarah atau, jika tiada persetujuan, yang diputuskan melalui timbang tara menurut peruntukan *Akta Timbang

Tara 1952 [Akta 93].

Penyitaan dan pelupusan barang tercemar, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan bersetuju secara bertulis supaya barang atau binatang itu dimusnahkan, maka barang atau binatang itu boleh

*CATATAN—Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]

m.b.p 15 Mac 2006—lihat seksyen 51 Akta 646.

Pencegahan dan Pengawalan 25

Penyakit Berjangkit dimusnahkan atau dilupuskan selainnya sebagaimana yang diarahkah oleh pegawai diberi kuasa itu.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa barang atau binatang yang disita di bawah subseksyen (1) tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya dan pemunyanya atau orang yang di dalam miliknya barang atau binatang itu berada semasa penyitaan tidak bersetuju barang atau binatang itu dimusnahkan, maka pegawai diberi kuasa itu hendaklah memohon kepada Majistret untuk mendapatkan perintah bagi pelupusan barang atau binatang itu dan Majistret boleh membuat perintah yang difikirkannya patut, termasuk perintah pemusnahan barang atau binatang itu, walaupun tiada sesiapa telah dipertuduh atau disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitan dengan barang atau binatang itu.

Mendapatkan kos dan perbelanjaan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemindahan, layanan perubatan dan penyaraan mana-mana orang yang atau yang disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit dan yang dipindahkan ke mana-mana hospital atau tempat dari kenderaan itu untuk rawatan perubatan atau untuk pengasingan atau pemerhatian;

Suggest a correction

(b)

pengebumian atau pembakaran mana-mana orang yang mati akibat penyakit berjangkit di dalam kenderaan itu, atau yang mati akibat penyakit berjangkit selepas dipindahkan ke hospital dari kenderaan itu;

Suggest a correction

(c)

pembersihan, pembasmian serangga, pembasmian kuman dan pembasmian tikus kenderaan itu atau mana-mana bahagiannya;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Suggest a correction

(d)

pelupusan barang yang tercemar atau binatang yang dijangkiti atau tercemar di dalam kenderaan itu.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan melalui prosiding sivil sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Pengecualian

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(d)

mana-mana mayat, tisu manusia atau bahagiannya;

Suggest a correction

(f)

mana-mana organisma atau bahan patogenik, daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, pada membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Kuasa untuk mengubah Jadual

Suggest a correction

Seksyen 30

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah dalam

Open as pageSuggest a correction

Warta memotong mana-mana peruntukan atau menambah, mengubah atau meminda peruntukan Jadual Pertama.

(f)

Pencegahan dan Pengawalan 27

Penyakit Berjangkit

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

menubuhkan dan menyenggara kemudahan di darat atau di laut atau di sempadan bersama wilayah berdampingan supaya langkah-langkah kesihatan dikenakan kepada lalu lintas tempatan dan antarabangsa;

Suggest a correction

(b)

mengawal selia kemasukan dan pergerakan mana-mana kenderaan dan menetapkan langkah-langkah yang kepadanya kenderaan itu akan tertakluk, untuk mencegah bermulanya penyakit berjangkit;

Suggest a correction

(i)

kemasukan orang ke dalam Malaysia, pergerakan mereka di dalam dan keberangkatan mereka dari

Malaysia;

(iii)

pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusia atau mana-mana bahagiannya;

Suggest a correction

(iv)

pengimportan dan pengeksportan organisma dan bahan patogenik;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal dan pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;

Suggest a correction

(e)

mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi kapal-kapal dan pesawat udara yang masuk ke Malaysia;

Suggest a correction

(f)

tugas yang hendaklah dilaksanakan oleh komander dan orang lain yang berada atau telah berada di atas mana-mana kenderaan, atau mereka yang berhasrat untuk menaiki kenderaan itu, untuk mencegah penyakit berjangkit merebak;

Suggest a correction

(g)

mengawal selia standard kebersihan yang dikehendaki bagi pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan sekelilingnya dan standard kesihatan orang yang diambil kerja di tempat itu;

Suggest a correction

(h)

mengawal selia prosedur kuarantin dan pengurusan stesen kuarantin;

Suggest a correction

(i)

penahanan, pengasingan dan pemerhatian di sesuatu stesen kuarantin akan orang yang menghidap atau disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit;

Suggest a correction

(j)

mengawal selia pencucian dan pembasmian kuman premis—

Suggest a correction

(i)

di mana telah terdapat suatu kes atau disyaki terdapat suatu kes penyakit berjangkit; atau

(ii)

yang disyaki tercemar dengan agen penyakit berjangkit;

Suggest a correction
Suggest a correction

(k)

mengawal selia pemindahan dan pembasmian kuman atau pemusnahan barang yang telah atau disyaki tercemar dengan agen penyakit berjangkit;

Suggest a correction

(l)

mencegah dan mengawal merebaknya jangkitan melalui serangga, rodensia atau binatang lain;

Suggest a correction

(m)

menetapkan standard kebersihan dan kemudahan kebersihan bagi premis;

Suggest a correction

(j)

Pencegahan dan Pengawalan 29

Penyakit Berjangkit

Suggest a correction

(o)

mengumpul dan penyampaikan maklumat epidemiologi dan kesihatan dan laporan wajib mengenai penyakit berjangkit;

Suggest a correction

(p)

menetapkan fi yang akan dibayar di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(q)

pembayaran kepada Kerajaan apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang yang dipindahkan ke hospital atau stesen kuarantin;

Suggest a correction

(r)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi pengkompaunan;

Suggest a correction

(s)

menetapkan borang yang akan digunakan di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(t)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat Menteri adalah wajar bagi pencegahan atau pengurangan penyakit berjangkit.

Pindaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 32

Enakmen Pesakit Kusta bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Open as pageSuggest a correction

[N.M.B. Bab. 180] dipinda dengan memansuhkan seksyen 4, 5, 6, 7, 8,

10, subperenggan 11(iv), seksyen 12, subperenggan 13(ii), seksyen 14,

15, 17, 19, 21 dan 24 dan Jadual kepada Enakmen itu.

Seksyen 33

Pemansuhan dan kecualian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemansuhan ini tidaklah menyentuh apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan wajar atau apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah undang-undang bertulis itu; dan khususnya

(tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu) apa-apa perjanjian, pelantikan, kelulusan, jawatan, notis atau pengiktirafan yang dibuat atau diberikan di bawah undang-undang bertulis itu hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.

________________________________

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2]

PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT

BAHAGIAN I

1.

Avian Influenza 2.

Batuk Kokol 3.

Campak 4.

Chancroid 5.

Demam denggi dan demam denggi berdarah 6.

Demam kuning 7.

Difteria 8.

Disenteri (Semua jenis)

9.

Ebola 10.

Jangkitan Gonococcal (Semua jenis)

11.

Jangkitan virus Zika 12.

Leptospirosis 13.

Keracunan makanan 14.

Kolera

Pencegahan dan Pengawalan 31

Penyakit Berjangkit

15.

Kusta 16.

Malaria 17.

Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)

17A. Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

18.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

19.

Plague 20.

Poliomielitis (Akut)

21.

Rabies 22.

Relapsing fever 23.

Sifilis (Semua jenis)

24.

Tetanus (Semua jenis)

25.

Tifoid dan paratyphoid 26.

Tifus dan ricketsioses lain 27.

Tuberkulosis (Semua jenis)

28.

Viral ensefalitis 29.

Viral hepatitis 30.

Apa-apa jangkitan microbial lain yang mengancam nyawa

BAHAGIAN II

Human Immunodeficiency Virus Infection (Semua jenis)

_______________

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 33]

PEMANSUHAN

(1)

(2)

Nombor Tajuk ringkas

N.M.B. Bab 185

Enakmen Kuarantin

N.M.B. Bab 186

Enakmen Pencegahan Penyakit

N.M.B. Bab 187

Enakmen Tanam Cacar

N.N.S. Ord. 52/1939

Ordinan Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1939

N.N.S. Bab 194

Ordinan Pesakit Kusta

P.T.M. Ord. 56/1950

Ordinan Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit

(Pemakan bagi Kedah) 1950

Johor En. No. 9

Enakmen Tanam Cacar

Johor En. No. 122

Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit

Kedah En. No. 124

Undang-Undang No. 124 (Colek Ketumbuh)

Kelantan En. 10/1935

Enakmen Pesakit Kusta

Kelantan En. 5/1939

Enakmen Pencegahan Penyakit

Perlis En. 4/1346

Undang-Undang Kuarantin dan Pencegahan

Penyakit 1346

Perlis En. 1/1345

Undang-Undang Kuarantin Padang Besar 1345

Terengganu En. 6/1356

Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit

(Disemak Bab 84)

Akta 52

Akta Pembasmi Malaria 1971.

33

Akta 342

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

P.U. (A) 181/1995

Perintah Pencegahan dan

26-05-1995

Pengawalan Penyakit

Berjangkit (Pindaan Jadual

Pertama) 1995

P.U. (A) 243/1997

Perintah Pencegahan

15-06-1997

dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit

(Pindaan Jadual

Pertama) 1997

P.U. (A) 374/2006

Perintah Pencegahan

12-10-2006

dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit

(Pindaan Jadual

Pertama) 2006

P.U. (A) 408/2010

Perintah Pencegahan

10-12-2010

dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit

(Pindaan Jadual

Pertama) 2010

P.U. (A) 298/2016

Perintah Pencegahan

01-12-2016

dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit

(Pindaan Jadual

Pertama) 2016

P.U. (A) 179/2020

Perintah Pencegahan

10-06-2020

dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit

(Pindaan Jadual

Pertama) 2020

34

Akta 342

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

P.U. (A) 181/1995

26-05-1995

P.U. (A) 243/1997

15-06-1997

P.U. (A) 374/2006

12-10-2006

P.U. (A) 408/2010

10-12-2010

P.U. (A) 298/2016

01-12-2016

P.U. (A) 179/2020

10-06-2020

____________

Common questions

What is PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988?
*AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 is Malaysia Act, cited as Act 342 1988, currently marked in force and first recorded in 1988.
Is PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 still in force?
Yes — PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 is currently in force.
When did PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 take effect?
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 was first recorded in 1988.
How many sections does PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 have?
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 contains 33 sections.
What amends PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988?
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 has been amended by AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025.
Where can I read the official version of PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988?
The official text of PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (No. 342)