Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Seksyen 7

(a)

memasuki dan membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana kenderaan pada bila-bila masa setibanya kenderaan itu di Malaysia;

(b)

membuat pemeriksaan perubatan ke atas mana-mana orang, binatang atau barang yang berada di atas mana-mana kenderaan sedemikian; dan

(c)

mengambil apa-apa sampel yang perlu bagi maksud menentukan keadaan kebersihan kenderaan atau benda itu atau keadaan kesihatan orang atau binatang itu.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana bahagian sesuatu kenderaan yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah tercemar atau berinfestasi dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus sehingga pegawai itu berpuas hati.

(3)

Jika semasa dia membuat pemeriksaan perubatan di bawah subseksyen (1) seseorang pegawai diberi kuasa mendapati atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang telah dijangkiti atau adalah seorang kontak, dia boleh memerintahkan supaya orang itu—

(a)

dipindahkan ke suatu stesen kuarantin dan ditahan di sana bagi pengasingan atau pemerhatian; dan

(b)

diletakkan di bawah pengawasan sehingga penyakit itu tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.

Masa pemeriksaan