Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Menteri boleh memberi kepada Pihak Berkuasa arahan yang difikirkannya perlu untuk membolehkan suatu zon bebas berfungsi dengan sepatutnya atau bagi maksud melindungi hasil; dan Pihak
Berkuasa hendaklah mematuhi mana-mana arahan itu.
(3)
Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kemudahan yang mencukupi bagi pegawai kastam yang mengikut tugas mereka dikehendaki hadir dalam atau di perimeter suatu zon bebas; dan Pihak
Berkuasa hendaklah membenarkan pejabat kastam ditubuhkan dalam suatu zon bebas─
(a)
untuk membolehkan Ketua Pengarah membuat apa-apa persediaan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjamin pengawasan yang sepatutnya, mengenai barang yang
18
Undang-Undang Malaysia dibawa keluar dari zon bebas itu; dan
(b)
bagi maksud yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi pentadbiran peruntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kepungan yang mencukupi untuk mengasingkan suatu zon bebas dari kawasan utama kastam bagi perlindungan hasil dan juga peruntukan yang sesuai bagi pergerakan orang, kenderaan, vesel dan barang yang masuk atau keluar dari suatu zon bebas.
Pihak Berkuasa boleh membenarkan pembinaan bangunan persendirian, dsb.
*14. (1) Pihak Berkuasa boleh membenarkan mana-mana orang mendirikan apa-apa bangunan dan binaan lain dalam suatu zon bebas mengikut sebagaimana yang dikehendaki.
(2)
Pihak Berkuasa boleh, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, memajakkan kepada atau membenarkan mana-mana orang mengambil, memegang atau menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih dalam suatu zon bebas atas apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Kemasukan dan pemastautinan dalam suatu zon bebas
*15. (1) Tertakluk pada Akta ini tiada seorang pun boleh memasuki atau bermastautin dalam suatu zon bebas tanpa kebenaran Pihak Berkuasa.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
*CATATAN―Lihat seksyen 18 Akta Zon Bebas (Pindaan) 2019 [Akta A1595].
*CATATAN―Lihat seksyen 18 Akta Zon Bebas (Pindaan) 2019 [Akta A1595].
Zon Bebas 19
Penyingkiran barang tertentu, dsb.