Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Tiap-tiap peninggalan atau pengabaian untuk mematuhi, dan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau cuba hendak dilakukan bertentangan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah menjadi suatu kesalahan dan mengenai apa-apa kesalahan itu yang penalti baginya tidak ada diperuntukkan dengan nyata, pesalah itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
*NOTA—Dahulunya “lima ribu ringgit”–lihat seksyen 11 Akta Zon Bebas (Pindaan)
2019 [Akta A1575].
22
Undang-Undang Malaysia