Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA ZON BEBAS 1990

Seksyen 21

Apabila didapati oleh mana-mana Majistret atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkan perlu, bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain dalam suatu zon bebas, ada tersembunyi atau didepositkan apa-apa barang yang mengenainya suatu kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 atau

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan, Majistret tersebut boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kastam, yang dinamakan dalamnya, di waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

24

(a)

untuk memasuki kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu dan menggeledah dan menyita apa-apa barang yang mengenainya ada sebab bagi mempercayai bahawa kesalahan yang tersebut di atas itu telah dilakukan, dan apa-apa buku atau dokumen yang dengan munasabahnya dipercayai ada kena mengena dengan kes itu;

(b)

untuk menangkap mana-mana orang atau orang yang berada dalam kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain, yang dalam milikannya barang seperti yang disebut terdahulu itu dijumpai, atau yang disyaki dengan munasabahnya oleh pegawai itu sebagai telah menyembunyi atau mendepositkan barang itu;

(c)

untuk memecah buka, jika perlu, mana-mana pintu kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu dan masuk ke dalamnya;

(d)

untuk masuk secara paksa, jika perlu, kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(e)

untuk membuang dengan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan

(f)

menahan mana-mana orang yang dijumpai berada dalam kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu sehingga kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu telah digeledah.

Bila penggeledahan boleh dibuat tanpa waran