Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA ZON BEBAS 1990

Seksyen 22

Undang-Undang Malaysia

Apabila didapati oleh mana-mana pegawai kanan kastam bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain dalam suatu zon bebas, ada tersembunyi atau didepositkan apa-apa barang yang mengenainya suatu kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,

Akta Eksais 1976 atau Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat

Zon Bebas 25

di bawahnya telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 21, barang itu atau apa-apa buku atau dokumen, yang dengan munasabahnya dipercayai ada kena mengena dengan kes itu mungkin akan dipindahkan, pegawai itu boleh menggunakan dalam, atas dan berkenaan dengan kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu kuasa yang disebut dalam seksyen 21 itu dengan suatu cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.