Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Pemeriksaan orang yang memasuki atau keluar dari suatu zon bebas
Mana-mana orang yang mendarat, atau hampir akan mendarat atau setelah baru sahaja mendarat di suatu zon bebas, dari mana-mana vesel atau pesawat udara, sama ada bagi maksud mendarat atau selainnya, atau memasuki atau setelah baru sahaja memasuki suatu zon bebas melalui jalan atau keretapi atau keluar atau hampir hendak keluar dari suatu zon bebas dari mana-mana vesel atau pesawat udara, melalui jalan atau keretapi hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh mana-mana pegawai kastam yang hak, membenarkan sama ada dirinya, barang dan bagasinya diperiksa oleh pegawai itu, atau bersama-sama dengan barang dan bagasi itu pergi bersama-sama pegawai itu ke pejabat kastam atau balai kastam atau balai polis dan di sana membenarkan dirinya, barang dan bagasinya diperiksa oleh seorang pegawai kastam:
(a)
mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa di hadapan seorang pegawai kanan kastam tidak boleh diperiksa kecuali di hadapan dan di bawah penyeliaan pegawai itu, dan orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai itu atau dibawa masuk ke mana-mana pejabat kastam atau balai kastam atau balai polis di mana pegawai itu berada;
(b)
barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta untuk hadir apabila barang dan bagasinya digeledah dan jika menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan
(c)
tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan.
Penyitaan barang yang menjadi subjek sesuatu kesalahan