Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
memulangkan harta alih itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta alih itu disita, atau kepada mana-mana orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam itu sebagai berhak terhadap harta alih itu tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan dan, dalam apa-apa hal, tertakluk pada pemberian cagaran yang mencukupi dengan memuaskan hati pegawai kanan kastam itu bahawa harta alih itu akan diserahkan kepada seseorang pegawai kanan kastam apabila diminta dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, hendaklah dipatuhi; atau
(b)
memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan, atau kawalannya harta
30
Undang-Undang Malaysia alih itu disita, atau mana-mana orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam itu sebagai berhak terhadap harta alih itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya harta alih itu dipulangkan untuk melupuskannya, pemulangan itu adalah tertakluk pada pemberian cagaran sehingga memuaskan hati pegawai kanan kastam itu dalam amaun tidak kurang daripada amaun yang pada pendapat pegawai kanan kastam itu, menunjukkan—
(i)
bagi harta selain barang berduti atau tidak berkastam, nilai pasaran terbukanya, dan bagi barang berduti atau tidak berkastam, nilainya, pada tarikh harta atau barang itu dipulangkan;
(ii)
duti kastam yang kena dibayar berkenaan dengannya;
dan
(iii)
apa-apa cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bagi pembayaran amaun yang dicagarkan itu kepada Ketua
Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi melucuthakkan amaun itu di bawah seksyen 39, atau sekiranya amaun itu dilucuthakkan di bawah seksyen 33, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(c)
menjual atau memusnahkan harta alih itu, mengikut mana-mana yang sesuai dalam hal keadaan itu, jika ia suatu benda hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan kastam itu, ia dari jenis yang mudah musnah atau merbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan mana-mana pendakwaan atau tuntutan, atau suatu pelucuthakan di bawah seksyen 33, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Mana-mana orang yang—
(a)
gagal untuk menyerahkan kepada pegawai kanan kastam apabila diminta harta alih yang dipulangkan secara sementara
Zon Bebas 31
di bawah perenggan (1)(a); atau
(b)
gagal untuk mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
(3)
Liabiliti jenayah bagi mana-mana orang di bawah subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang orang tersebut atau mana-mana orang lain boleh menanggung di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan harta alih itu di bawah perenggan (1)(a).
(4)
Peruntukan subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada orang yang kepadanya harta itu dipulangkan di bawah perenggan (1)(a).
(5)
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal atau kelas hal tertentu, memberi arahan kepada
Ketua Pengarah sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai manfaat berkenaan dengan penggunaan kuasa yang diberi kepada seseorang pegawai kanan kastam di bawah subseksyen (1).
(6)
Tiada seorang pun berhak mengambil apa-apa tindakan atas sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak seseorang pegawai kanan kastam di bawah seksyen ini, dan tiada mahkamah boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar mana-mana tindakan sedemikian.
Kuasa tangkapan