Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8
Undang-Undang Malaysia
“aktiviti” termasuklah aktiviti perdagangan dan aktiviti pengilangan dan pengendalian yang berkaitan;
“aktiviti perdagangan” termasuklah berniaga (tidak termasuk perniagaan runcit), memecah pukal, menggred, pembungkusan semula dan melabel semula;
“barang” termasuklah binatang, burung, ikan, tumbuhan dan semua jenis harta alih;
“duti eksais” ertinya apa-apa duti yang dikenakan oleh atau di bawah
Akta Eksais 1976 [Akta 176];
“duti kastam” ertinya apa-apa duti yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian Malaysia tetapi tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Pulau 1;
“Labuan” hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 154 Akta Kastam 1967;
“Langkawi” hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163A Akta Kastam 1967;
“lapangan terbang kastam” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kastam 1967;
“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“nilai” berkaitan dengan barang yang diimport mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967;
“pegawai Pihak Berkuasa yang hak” ertinya mana-mana pegawai
Pihak Berkuasa yang bertindak bagi menunaikan tugasnya di bawah
Akta, sama ada tugas itu ditugaskan kepadanya secara khas atau am, atau secara nyata atau tersirat;
Zon Bebas 9
“pengendalian” ertinya pengendalian yang dinyatakan di bawah aktiviti yang diluluskan oleh Menteri di bawah peruntukan seksyen 10;
“pemunya” berhubung dengan barang, termasuklah mana-mana orang yang merupakan atau yang mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengeksport, penerima konsain, ejen atau orang yang memiliki, atau yang berkepentingan secara benefisial dalam, atau mempunyai apa-apa kawalan ke atas, atau kuasa untuk melupuskan, barang itu;
“Pangkor” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163Q Akta Kastam 1967;
“pengilangan” ertinya penukaran dengan cara tangan atau jentera bahan organik atau tidak organik kepada suatu keluaran baharu dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, jenis atau kualiti bahan itu dan termasuklah memasang bahagian menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan; dan istilah “aktiviti mengilang” dengan variasi gramatisnya dan dengan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dan, berhubung dengan istilah itu, ia hendaklah termasuk apa-apa aktiviti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai aktiviti mengilang:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan bahawa hasil bagi apa-apa pengilangan atau aktiviti itu bukanlah suatu keluaran barang yang baharu;
“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana badan berkanun atau syarikat atau jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau bagi mana-mana Negeri dalam Malaysia yang dilantik di bawah peruntukan subseksyen 3(2)
untuk mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana zon bebas;
“Pulau 1” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai
10
Undang-Undang Malaysia suatu tempat bagi import dan eskport barang melalui jalan dan keretapi;
“tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta
Kastam 1967;
“Tioman” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163J Akta Kastam 1967;
“zon bebas” ertinya mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan subseksyen 3(1) menjadi suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas.
(2)
Bagi maksud tafsiran perkataan “nilai”, import ertinya import dari suatu zon bebas ke dalam suatu kawasan utama kastam.
(2A)
Bagi maksud takrif
“pemunya”,
“pengeksport”
dan
“pengimport” masing-masing hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967.
(3)
Ungkapan “Ketua Pengarah”, “pegawai kastam”, “pegawai kanan kastam”, “pegawai kastam yang hak” dan “barang berduti”
masing-masing hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967.
Perisytiharan zon bebas dan pelantikan Pihak Berkuasa