Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Jika apa-apa buku atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan atau petikan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahui siapa pemberi maklumat itu, maka mahkamah hendaklah menyebabkan segala catatan atau petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu sahaja untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi mana-mana kesalahan terhadap
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah, selepas siasatan penuh ke atas kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah adalah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya di antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa diketahui pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah menghendaki supaya ditunjukkan pengaduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Kesalahan oleh kumpulan orang, dan pekhidmat dan ejen