Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Kerajaan atau Pihak Berkuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang kerana
38
Undang-Undang Malaysia kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang itu berada di dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah mana-mana pegawai kastam atau pekerja Pihak Berkuasa melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh kecualian bersengaja, atau keingkaran seseorang pegawai kastam atau seseorang yang diambil kerja oleh Kerajaan atau Pihak Berkuasa.