Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Perlindungan bagi pegawai kastam daripada liabiliti
Tiada seorang pegawai kastam pun atau orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan yang berkaitan dengan kastam boleh bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang kerana kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab-sebab lain semasa barang itu berada di dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai itu atau mana-mana pegawai kastam lain atau orang yang diambil kerja berkaitan dengan kastam melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh kecuaian bersengaja atau keingkarannya.
Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati melainkan penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang mungkin