Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA ZON BEBAS 1990

Seksyen 36

Tiada seorang pun dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini berhak terhadap kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain kecuali suatu perintah bagi pemulangan barang itu atau pembayaran nilainya melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang mungkin.