Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA ZON BEBAS 1990

Seksyen 40

(2)

Mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya barang itu dan bahawa barang itu tidak boleh dilucuthak boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada seorang pegawai kanan kastam menyatakan bahawa dia menuntut barang itu.

(3)

Atas penerimaan notis sedemikian pegawai kanan kastam itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya barang itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai kanan kastam itu, melalui maklumat dalam borang yang ditetapkan, merujuk perkara itu kepada seorang Majistret Kelas

Pertama untuk keputusannya.

(4)

Majistret Kelas Pertama hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menyatakan bahawa dia adalah pemunya barang itu dan orang daripadanya barang itu telah disita supaya hadir di hadapannya, dan atas kehadiran atau keingkaran mereka untuk hadir, penyampaian sempurna saman itu telah dibuktikan, Majistret itu hendaklah menjalankan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang itu telah menjadi hal-perkara, atau digunakan

Zon Bebas 41

dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang itu dilucuthak, atau boleh tanpa bukti sedemikian memerintahkan barang itu dilepaskan.

Barang yang disita boleh diserahkan kepada pemunya atau orang lain