Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya melalui Ketua Pengarah memerintahkan apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini, sama ada dilucuthak, atau diambil dan disifatkan sebagai terlucuthak, supaya diserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak terhadapnya, atas apa-apa terma dan syarat yang disifatkan patut:
Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh pelucuthakan barang atau dari tarikh barang itu diambil dan disifatkan sebagai terlucuthak, mengikut mana-mana yang berkenaan.