Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Rayuan atas keputusan Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah
Jika peruntukan dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bahawa keputusan mengenai apa-apa perkara terserah kepada Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah, maka melainkan jika ia diperuntukkan dengan khususnya bahawa keputusan itu adalah menurut budi bicara mutlak Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah itu, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu bolehlah merayu kepada Menteri.