Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA ZON BEBAS 1990

Seksyen 5

Urusan mengenai atau pelupusan barang dalam suatu zon bebas

(2)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, barang dalam suatu zon bebas bolehlah—

(a)

dipindahkan dari zon bebas itu untuk eksport atau dihantar ke dalam suatu zon bebas yang lain sama ada dalam bungkusan asal atau selainnya;

(b)

melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pihak Berkuasa—

(i)

disimpan, dijual, dipamer, dipecah-pecahkan, dibungkus semula, dipasang, diedarkan, disisihkan, digredkan, dibersihkan, dicampur, atau selainnya dimanipulasi atau dikilang mengikut peruntukan Akta ini, atau

(ii)

dimusnahkan;

12

Undang-Undang Malaysia

(c)

dengan kelulusan Pihak Berkuasa, dan tertakluk pada syarat-syarat yang boleh dikenakan olehnya dihantar ke dalam mana-mana bahagian kawasan utama kastam dalam bungkusan asal atau selainnya dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa hendaklah berunding dengan Ketua Pengarah sebelum pemindahan barang itu dibenarkan.

(3)

Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai kepada barang yang dikecualikan oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1).

Pengecualian barang daripada taraf bebas

Section 5 — FREE ZONES ACT 1990 | mylaw.my