Malaysia legislation
Section 8B
Seksyen 8B
(2)
Jika barang yang disifatkan sebagai telah dialihkan secara tidak sah dari zon bebas ke dalam kawasan utama kastam di bawah subseksyen (1) tertakluk pada cukai, duti atau pembayaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis, pemunya barang atau pengendali kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada pegawai kastam yang hak cukai, duti atau pembayaran itu atas tuntutan yang dibuat dalam tempoh enam tahun dari tarikh cukai, duti atau pembayaran itu hendaklah dibayar atau bayaran yang tidak mencukupi bagi cukai, duti atau pembayaran itu dibuat melainkan jika pemunya barang atau pengendali kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu boleh menunjukkan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu disebabkan oleh kebocoran, barang pecah atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh menghalang
Ketua Pengarah daripada membuat tuntutan pada bila-bila masa selepas enam tahun dari masa bila cukai, duti atau pembayaran itu
Zon Bebas 15
tidak dibayar atau dibayar kurang akibat apa-apa bentuk fraud atau kemungkiran yang dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “pengendali” ertinya mana-mana orang yang telah diberikan kebenaran di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk menjalankan apa-apa aktiviti di dalam sesuatu zon bebas.
Penalti